Artikel

Fahami Aku Sayang, Dengari Aku Abang

oleh Noor Hidaya Arshad pada 26 Feb 2015

‘Perkahwinan bukan satu pertandingan, tidak perlu berebut markah. Tuhan meletakkan dua orang bersama dalam satu pasukan untuk menang.’

Memetik kata-kata penerima Guinness Book of World Records untuk pasangan paling tua pada tahun 2008, Zelmyra dan Herbert Fisher.

Mengapa usia perkahwinan orang-orang tua dahulu kekal hingga berpuluh tahun? Pastinya ada resipi rahsia yang mereka gunakan.

Resipi rahsia itu bukan lagi rahsia kerana ia sebenarnya adalah ilmu rumah tangga.

Ilmu yang perlu dipelajari dan diamalkan. Buku inilah salah satu daripadanya.

Naskhah ini, jika si isteri yang baca maka dia akan tahu perkara yang suaminya inginkan.

Begitu juga sebaliknya jika si suami yang baca. Kebahagian boleh dicapai apabila pasangan memahami antara satu sama lain.

Menariknya buku ini, ia di selang selikan dengan panduan-panduan praktikal untuk pembaca amalkan.

Setiap isu-isu semasa berkaitan hubungan suami isteri dihidangkan buat tatapan pembaca.

Jika sedang mencari solusi untuk membahagiakan hubungan bersama pasangan atau ingin menambah ‘resipi rahsia’ yang sedang diamalkan, maka buku ini amat sesuai dibaca.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024