Artikel

Filem By MY Side Bawa Semangat Cinta Tanah Air Sempena 16 September Hari Malaysia

oleh Asri Yussof pada 21 Sep 2017

By MY Side adalah filem pertama JinnyboyTV dengan kerjasama TONTON yang bercerita tentang kisah cinta dua pasangan sejak bangku sekolah tetapi terpisah jauh selepas salah seorang dari mereka berhijrah ke Australia untuk menyambung belajar. Dibintangi oleh Brandon Ho and Marianne Tan dan dibantu beberapa nama yang sedang meningkat naik di media sosial,  Josephine Yap, Arwind Kumar, Nadia Nash, Adam Shamil dan Maggy Wang.

by my side

Marianne Tan sebelum ini yang melakonkan watak seorang wartawan dalam filem Ola Bola memberitahu, memainkan peranan sebagai “Faye” adalah “lebih mencabar” daripada peranan wartawan yang dimainkannya di Ola Bola, Faye lebih banyak emosi yang terlibat. - kata beliau kepada NST.

Selain membawa kita kepada kenangan-kenangan ketika bercinta di bangku sekolah dahulu, ada suatu yang lebih menggamit memori kita. Iaitu Yasmin Ahmad. Walaupun tidak secara langsung, tetapi apabila ada scene Faye dan Ben menonton bersama filem Yasmin Ahmad, Ben menghadiahkan buku Yasmin kepada Faye, ini seolah-olah memberi pesan filem-filem Yasmin yang mewarnai zaman pembesaran kita era 2000. Walaupun beliau sudah tiada, kita tetap menghargai hasil karya beliau yang memberikan perspektif yang tepat terhadap sebuah negara bangsa Malaysia yang majmuk.

yasmin

Sesuatu yang menjadi tanda tanya kepada saya pada akhir penutup cerita ini. Mohon maaf kerana terpaksa membuat spoiler ending filem ini. Pada akhirnya Faye tidak berkahwin dengan Ben, tetapi dengan Daniel. Adakah Daniel ini seorang berbangsa Melayu? Jika benar, ini jelas sekali membawa semangat Yasmin dari filem Sepet, Gubra iaitu cinta antara 2 bangsa.

sepet

By MY Side tidak menjelaskan hal ini secara jelas, kita faham kenapa. Mereka tinggalkan kepada penonton untuk berfikir. Mereka bukan lagi dalam perlawanan seperti idea Yasmin, tetapi mereka menulis cerita dengan erti kata Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang betul-betul memahami erti majmuk dan isu kahwin campur ini sudah tiada masalah bagi kita.

redang island

Pulang Redang, Faye tidak mahu meninggalkan Malaysia, Selepas 10 tahun Ben akhirnya pulang kembali ke Malaysia: babak-babak ini menjadikan kita rasa yang apa sekalipun yang kita buat dalam hidup ini atau kemana kita rancang mahu pergi, Malaysia tetap adalah kampung kita yang perlu dicintai. Tayangan filem ini pada 16 September sempena hari Malaysia memang tepat. Saya bagi 9/10 bintang.

“As a Malaysian, yeah we might have some dream place to go as wanderlust but in the end we will eventually miss the beauty and cuisines of Malaysia, that’s the idea behind our story.” - Jin Lim. lapor Seven Pie.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024