Artikel

Gabungan Baru 3 Penerbit Hangatkan Pesta Buku MABOPA

oleh Asri Yussof pada 28 Jul 2017

Penerbit-penerbit kecil atau ada sebahagian yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘buku indie’ menjadikan model bisnes bekerjasama dengan beberapa penerbit lain bila tiba mana-mana anjuran pesta buku bagi menghangatkan lagi jualan.

Gabungan baru, Puteh Press x Terfaktab x Buku Pojok di Pesta Buku Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) memberi lebih kepuasan kepada pembeli untuk memilih buku-buku yang mereka suka.

Jika sebelum ini, Puteh Press hanya bergabung dengan Terfaktab, tetapi kali ini ditambah dengan Buku Pojok menjadikan keadaan di Pesta Buku MABOPA lebih hangat dan meriah daripada biasa.

buku pojok

Kebaikan model bergabung dan kerjasama ini memberikan impak yang lebih tinggi kepada jualan sebenarnya. Kerana masing-masing dari penerbit akan membuat promosi untuk membawa peminat-peminat ke booth untuk membeli buku yang boleh dicampur dengan buku lain.

pena picagari

Gabungan Puteh Press x Terfaktab x Buku Pojok di Pesta Buku MABOPA pada kali ini membawa tema #BukuRaya dengan tawaran promosi 3 Buku RM50. Buku-buku RM10 dan juga sebahagian buku ditawarkan diskaun sehingga 60%.

Pesta Buku MABOPA akan berlangsung sehingga 30 Julai ini, Ahad di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Bermula dari pukul 9 pagi hingga 7 malam. Ramai penulis yang membuat aktiviti Meet & Greet di booth dan pentas utama.

kerusi puteh

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024