Artikel

Gabungan Mantap Siri Komik: Aku, Kau & Bola: Liga Super

oleh Asmaa Nabilah Abd Rashid pada 12 Nov 2013

Aku, Kau & Bola: Liga Super menampilkan gabungan 28 karya daripada artis-artis Komik-M.

Gabungan mantap dalam sebuah komik beredisi bumper ini memuatkan 100% halaman berwarna untuk menarik pembaca agar tidak bosan membaca.

Edisi kali ini turut menyelitkan trivia-trivia menarik yang berkaitan dunia bola sepak tempatan.

Penyediaan trivia ini boleh dianggap sebagai nilai tambah dalam sesebuah komik malah sekaligus dapat memberi input berguna kepada pembaca tentang bidang kesukanan bola sepak.

Selain itu, komik ini juga tidak ketinggalan menampilkan hasil karya ekslusif daripada Ben Wong dan karya-karyanya yang bakal terbit.

Pembaca yang mendapatkan buku ini akan bertuah kerana terdapat pelekat istimewa liga Komik-M yang disediakan secara percuma di dalamnya.

Dapatkan segera komik Aku, Kau & Bola: Liga Super di pasaran sekarang, ternyata usaha anda pasti berbaloi-baloi.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024