Artikel

Gambar Kreatif #ArenaBukuPTS @ Instagram PBAKL 2013

oleh Masliza Nawi pada 22 Apr 2013

Mahu menang hadiah menarik seperti MP3 Player dan set buku PTS bernilai RM50? Sertai  pertandingan Gambar Kreatif #ArenaBukuPTS @ Instagram.

Caranya mudah sahaja, peminat semua hanya perlu mengambil seberapa banyak gambar yang menunjukkan keterujaan para peminat untuk ke PBAKL 2013 serta ditambah dengan sedikit  daya kreativiti dan gunakan hashtag #ArenaBukuPTS di akaun Instagram untuk menyertai pertandingan ini.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 Mei 2013, jadi jangan lepaskan peluang untuk bergambar dan bergembira di PBAKL 2013 nanti. Ingat, hanya tiga pemenang sahaja yang akan dipilih. Jadi perah otak anda sekreatif mungkin untuk menjadi pemenang. Selamat bergambar!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024