Artikel

Gelaran Dato’ Seri buat Sasterawan Negara, A.Samad Said

oleh Fathin Hani pada 27 Jul 2017

Tahniah diucapkan kepada Sasterawan Negara Dato’ Seri A. Samad Said di atas penganugerahan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri oleh TYT Tun Dato’ Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Anugerah ini mengiktiraf sumbangan dan bakti beliau dalam dunia kesusateraan dan budaya di Malaysia serta politik tanah air. Kerajinan dan ketekunan beliau membaca puisi orang lain menjadi titik penentu A.Samad Said diiktiraf sebagai Sasterawan negara yang versatil.

A.Samad Said memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh penulis lain dan sering menghasilkan penulisan yang kreatif sehingga beliau tidak jemu menghasilkan karya seperti cerpen, novel, puisi dan lain-lain.

A.Samad Said yang digelar panglima rakyat bersenjatakan puisi dan kata-kata yang memujuk hati rakyat agar melakukan perubahan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun dan disegani di serata dunia.

Beliau meluahkan cita-citanya untuk negara dengan apa yang disebutnya sebagai rindu kepada demokrasi di dalam bait-bait puisinya perlu kita dalami kembali.

oo

Beliau memilih untuk menyertai DAP oleh kerana beliau rindukan demokrasi. Selama ini beliau hanya meluahkan buah fikirannya hanya di atas kertas dan pada karya , namun sekarang beliau memilih untuk menjadikan DAP tempat untuk menzahirkan apa makna setiap karya yang ditulisnya dan membuktikan beliau bukan sekadar berkata-berkata di dalam karya penulisannya.

“Apa guna tulisan sahaja, lebih baik sertai parti politik” Itu adalah kata-kata A.samad Said selepas beliau mengisytiharkan yang beliau menyertai DAP. Beliau menyertai parti politik dengan tujuan yang jelas untuk memastikan rakyat negara ini bersatu padu, hidup saling bertoleransi, aman makmur dan tidak hidup dengan penindasan kuasa-kuasa luar yang hanya mementingkan kemahuan diri sendiri. - lapor Selangorkini.

y

“Kata-kata bahawa orang Melayu dan Islam kini sedang terancam sukar masuk otak saya. Sejak merdeka, Perdana Menteri semuanya Melayu, Timbalan Perdana Menteri semuanya Melayu, Menteri Dalam Negeri semuanya Melayu, malah Menteri Besar kebanyakkannya Melayu.”

A.Samad Said akan terus mengungkapkan kebenaran melalui karya dan penulisannya.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024