Artikel

Hantu Buku Atau Heroin Buku? : Omg! Gila Buku

oleh Chayu Afifi Noordin pada 16 Feb 2016

Siapa di sini mengaku dia seorang hantu buku? Sila angkat tangan!

Hantu buku yang bagaimana? Hantu buku yang yang sanggup pergi ke perpustakaan, sembunyikan buku kegemaran.

Hantu buku yang meminjam daripada kawan, sampai ada yang menyampah sangat.Hantu buku yang pantang ke kedai buku, memang rambang mata.Tangan gatal hendak membeli bermacam-macam jenis buku!

Kali ini siri terbaru Blink Book iaitu siri OMG! Gila Buku menceritakan kisah Si Gila buku Ayda Tuah, yang terlalu obses membaca buku sehingga menjejaskan kehidupannya sehari-hari.

Memerap di dalam bilik, masa dihabiskan menghadap buku 24 jam tanpa henti. Minat mengikuti perkembangan penulis-penulis, lebih dihargai berbanding berkomunikasi dengan ahli keluarga sendiri.

Di sekolah pula, Ayda membaca buku tidak kira masa. Oleh demikian, pelajar menggelarkan ‘hantu buku Sri Bangsar’.

Kisah OMG!Gila Buku begitu menarik kerana menceritakan tentang kesan apabila kita obses membaca buku sehingga mengabaikan tanggungjawab utama sebagai pelajar.

Tabiat buruk Ayda Tuah obses dengan buku telah menyebabkan dia mengetepikan pelajaran. Sehingga menyebabkan prestasi akademik Ayda Tuah merosot. Ayda Tuah juga tidak berkomunikasi dengan baik bersama ahli keluarganya.

Ayda Tuah memencilkan diri semata-mata mahu menghabiskan bacaan bukunya. Rentetan daripada prestasi akademik Ayda Tuah yang merosot,

Cikgu Haizi meminta Bettylina menjadi teman ulangkaji dalam sesi peer study. Ibu Ayda juga mengadakan sekatan di rumah. Tiada lagi perbelanjaan bulanan, buku-buku disita, telefon bimbit dan komputer riba turut diharamkan penggunaannya.

Watak dalam cerita ini semakin berkembang dan membuatkan pembaca membayangkan gambaran suasana yang diceritakan dengan jelas.

Tambah kronik, satu insiden buruk telah berlaku apabila Ayda Tuah dituduh telah mencuri buku perpustakaan lantaran daripada sekatan yang dikenakan terhadap dirinya.

Ayda kesal kerana sikap ‘hantu buku’ telah memakan dirinya. Hanya Betty sahabat baiknya yang percaya pada Ayda tidak bersalah, lalu setia bersama menyelesaikan masalah. Ayda mesti menyelesaikan konflik, hantu buku mesti berubah jadi heroin buku.

Mampukah itu berlaku? Baca segalanya dalam OMG! Gila Buku!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024