Artikel

Hari Ke-2 Pesta Buku MABOPA Dapat Sambutan Yang Meriah

oleh PTS pada 27 Jul 2017

Kepada ramai yang belum tahu apa maksud akronim bagi MABOPA, MABOPA adalah singkatan daripada Malaysian Book Publishers Association yang ditubuhkan sejak 14 Januari 1969.

MABOPA adalah badan penting yang terlibat sama dalam menganjurkan mana-mana pesta buku yang berskala besar seperti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang diadakan di PWTC baru-baru ini atau Pesta Buku MABOPA yang sedang berlangsung sekarang.

Hari ini masuk hari ke-2 Pesta Buku MABOPA berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dan akan berlangsung sehingga 30 Julai, hari ahad ini.

Pesta Buku MABOPA

Pada april tahun lepas, PBAKL juga diadakan di MAEPS tetapi selepas mendapat banyak kritikan dan pandangan, akhirnya pada tahun ini dikembalikan semula ke PWTC. MABOPA dalam kenyataannya sebelum ini akan menganjurkan 2 Pesta Buku berskala besar setiap tahun di Kuala Lumpur. Pertama di PWTC dan kedua di MAEPS.

pesta buku mabopa

Pesta Buku MABOPA memberi peluang kepada penggemar buku yang menetap di sekitar Sri Kembangan, Kajang, Bangi, Putrajaya dan yang berdekatan untuk membeli buku. Seramai 30 penerbit menyertai pameran di Pesta Buku MABOPA pada kali ini.

Pesta Buku MABOPA

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024