Artikel

Himpunan Kisah-kisah Teladan Menarik: Doa Gadis Kecil

oleh Nurul Aqilah Hairulsam pada 05 Feb 2015

Pernahkah anda terfikir jikalau anda seorang kanak-kanak yang menggemari kisah-kisah teladan, adakah anda ingin memiliki buku ini? Sudah menjadi kepastian kepada adik-adik kecil yang suka mendengar cerita-cerita yang menjadi insipirasi kepada mereka untuk menjadi insan yang lebih baik.

Dengan pengisian enam kisah-kisah yang berbeza, buku Doa Gadis Kecil ini pasti dapat menambat hati para si ibu dan bapa yang ingin memperdengarkan cerita teladan ketika waktu lapang ataupun menjadi bahan penceritaan kepada anak-anak mereka ketika sebelum tidur.

Selain daripada menjadi bahan penceritaan, para ibu dan bapa juga dapat menggalakkan anak-anak mereka untuk membaca dan dijadikan satu budaya yang sihat juga jikalau ibu-bapa turut serta mengajar mereka menghayati kisah-kisah di dalam buku ini.

Dihidangkan juga dengan doa-doa pendek di setiap kisah yang sangat bagus untuk dijadikan amalan setiap hari kepada adik-adik di luar sana. Hasil buah tangan Wikan Faarisa Nasrulhadi ini pasti tidak akan mengecewakan para pembaca cilik mahupun pun dewasa di luar sana.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024