Artikel

Himpunan Kisah Teladan Cerita Rakyat

oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto pada 07 Sep 2015

‘Ikan Kekek Mak Iloi Iloi

Ikan Gelama Mak Ilai Ilai

Kalau Adik Nak Jadi Pandai

Mari Belajar Janganlah Lalai’

Pasti ramai yang mengingati lagu ini. Iramanya riang menghiburkan hati,dan bersamanya terselit 1001 mesej kebaikan untuk dijadikan pengajaran. Begitulah bagaimana kebanyakan pesanan nenek moyang diwariskan secara turun-temurun sehingga ke hari ini.

Bagi yang tercari-cari buku moden yang masih mengekalkan tradisi murni ini,Siri Hikayat Teladan dari PTS Junior membawakan pelbagai kisah teladan untuk dihayati oleh kanak-kanak. Kebanyakan dari kisah yang dihidangkan adalah dari kisah-kisah rakyat zaman dahulu kala yang diberi sentuhan moden.

Masih menggunakan konsep penekanan kepada penyampaian nilai-nilai murni, siri ini diberi sentuhan grafik penuh warna agar kanak-kanak mudah tertarik untuk membacanya. Selain itu, kualiti kertas tebal dan licin yang digunakan juga sangat mesra kanak-kanak.

Siri yang dibawakan kali ini bertajuk Gadis Yang Bijak dan Cerita-Cerita Lain seperti Helah Nadim, Ikan Sembilang dan Seuncang Padi. Kesemua kisah ini digarap dengan bahasa Melayu ringkas agar memudahkan para pembaca cilik untuk memahami initipati yang ingin disampaikan dalam setiap kisah.

Tidak cukup dengan hanya itu, pembaca cilik turut akan didedahkan dengan kosa kata bahasa Arab dan Inggeris malah juga tulisan Jawi selain dari mendapat peluang belajar mengeja dengan penggunaan konsep suku kata dan warna.

Semoga para pelapis generasi ini dapat memperoleh pelbagai manfaat dari siri ini yang sangat berpotensi untuk membantu perkembangan diri kanak-kanak. Dalam bahasa mudah, kedua-dua kebaikan pendidikan bahasa dan nilai murni akan dapat disokong oleh buku ini.


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024