Artikel

Ilmu Kewangan: Unfair Advantage (Edisi Bahasa Melayu)

oleh Hairul Faizal Adli bin Ab Ghani pada 19 Aug 2014

Robert Kiyosaki terkenal sebagai penulis buku kewangan nombor satu sepanjang zaman, Rich Dad Poor Dad. Menerusi buku tulisannya yang terbaru ini, beliau mencabar dan mengubah pandangan puluhan juta orang di seluruh dunia berkaitan wang. “Unfair Advantage” akan menyingkap rahsia kuasa ilmu kewangan sebenar dan lima kelebihan licik yang ditawarkan oleh ilmu ini.

Menerusi buku Unfair Advantage ini, Kiyosaki mencabar kita semua supaya berhenti menerima kenyataan bahawa kita ditakdirkan untuk berhempas pulas demi mendapatkan wang dan jaminan hidup. Ilmu kewangan sebenar adalah jalan untuk membina kehidupan yang didamkan. Robert mendorong supaya kita semua dapat mengubah satu perkara yang berada dalam kawalan kita iaitu, diri sendiri.

Pemburu menjerat monyet dengan mengumpannya ke lubang yang diletakkan kacang dan buah-buahan. Genggaman tangan monyet yang dipenuhi dengan buah dan kacang, tidak dapat ditarik keluar dari lubang itu, dan memerangkapnya. Tetapi monyet tetap enggan melepaskan umpan yang digenggamnya. Tidak lama kemudian, pemburu tiba dan menangkap monyet tersebut.

Manusia dapat diibaratkan seperti monyet tadi. Mungkin manusia tidak berpaut pada buah-buahan atau kacang, tetapi manusia berpaut pada jaminan pekerjaan, pemilikan, dan wang. Disebabkan tiada pendidikan kewangan, kebanyakan orang menghabiskan sepanjang hidup mereka sebagai hamba gaji kepada majikan dan hamba cukai kepada kerajaan.

Unfair Advantage mencabar pembaca supaya menghargai dan merasai sendiri kelebihan licik sebenar, iaitu ilmu kewangan. Tanpa pendidikan kewangan, kebanyakan orang tidak dapat meneruskan kehidupan. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024