Ini Kenapa Anda Tidak Boleh Terlepas Membeli Buku Hamka Hanya RM 1.00

oleh Asri Yussof pada 23 Aug 2016

Untuk penggemar buku, membeli buku baru adalah sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka. Perasaannya sama seperti kita mendapatkan baju raya atau kasut raya.

Peluang yang tidak akan dilepaskan adalah, menghidu bau buku baru. Perasaannya tidak boleh digambarkan, sangat asyik. Seperti sudah ketagih untuk menghidu bau buku setiap kali membeli buku baru.

Namun membeli buku bukanlah sekadar itu. Lebih penting adalah bagaimana daripada bacaan, mampu untuk dibincangkan serta membuat konklusi untuk kepentingan diri sendiri dan orang lain juga.

Hamka menulis dalam bukunya, Falsafah Hidup tentang bagaimana manusia sering berfikir dan bertukar-tukar fikiran,

“Apabila telah terjadi pertukaran fikiran mencari yang benar, dan menyingkirkan yang salah, atau menyelidiki mana yang lebih benar dan mana yang tidak benar, alamat akan terdapat kemajuan dan kesedaran. Itulah yang dikehendaki di dalam masyarakat demokrasi.”

Daripada pembacaan kita akan menemukan perkara-perkara baru dalam hidup kita. Kita mula mempersoalkan itu ini sehingga muncul suatu pembolehubah yang dikehendaki.

Hamka menolak dalil-dalil dari Ulama yang membela ‘taqlid’ dalam beragama dan kehidupan. Antara dalil yang digunakan,

“Orang yang telah terdahulu, tidak meninggalkan lagi untuk orang yang terkemudian soal-soal yang akan dibicarakan”

Seperti mana peminat fesyen yang menunggu adanya jualan murah untuk membeli, begitu juga kepada peminat buku yang tidak boleh terlepas peluang untuk membeli buku apabila ada yang menawarkan buku dengan harga yang begitu murah.

Seperti Bookcafe yang menawarkan buku-buku Hamka: Tasawuf Moden dan Falsafah Hidup yang baru sahaja diterbitkan dengan hanya RM 1.00 sahaja yang tidak boleh anda lepaskan sempena Merdeka Sale.

 

Tawaran ini hanya sah pada 25 Ogos sahaja, bermula 11 pagi dengan tawaran untuk 10 naskah sahaja setiap judul.

Klik di sini untuk anda menjadi antara 10 orang yang mendapatkan buku Hamka dengan hanya RM.100

Begitu juga pada 30 Ogos nanti, Tafisr Al-Azhar oleh Hamka dan buku Halal & Haram Dalam Islam oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang kedua-duanya sangat tebal, ditawarkan dengan RM 1.00 sahaja.

Tawaran bermula pada 11 pagi, untuk 5 naskah sahaja setiap judul.

Klik di sini untuk anda menjadi antara 5 orang yang mendapatkan Tafsir Al-Azhar dan Buku Dr. Yusuf Al-Qardhawi dengan hanya RM 1.00