Artikel

Inovasi Al-Qassam

oleh Roziyah pada 15 Sep 2014

Briged Al-Qassam selepas tahun 2012 begitu berbeza dengan Al-Qassam yang dikenali sebelum ini. Al-Qassam pada awal penubuhannya hanya sel-sel kecil yang terdiri daripada kumpulan Al-Mujahidun Al-Filastiniyun dan Briged Abdullah Azam. Mereka berjuang secara serangan hendap ke atas tentera-tentera Israel hanya dengan menggunakan pisau serta pistol. 

Selepas itu, para mujahidin tersebut menjadi lebih kreatif dengan mempertingkatkan teknik serangan. Nama-nama seperti Imad Aqel dan Yahya Ayyash menjadi popular sebagai ‘jurutera’ atau ‘muhandis’ yang merancang serangan-serangan ke atas tentera Israel dan kepentingan mereka dengan menggunakan pistol, bahan letupan, dan kereta yang dipasang bom. 

Sekiranya tiga dekat yang lalu, briged Al-Qassam lebih sinonim dengan gelaran ‘pejuang berani mati’, ‘gerila’, dan peperangan yang mengetengahkan individu-individu, kini Al-Qassam mewarnai sejarah ketenteraan moden dengan wajah dan dimensi yang baru. 

Al-Qassam sekarang adalah sebuah unit ketenteraan moden yang digeruni. Mereka mempunyai akademi latihan sendiri yang terbukti mampu melatih para komando yang mempunyai moral dan ketahanan juang setaraf dengan mana-mana unit komando yang dimiliki oleh negara-negara maju. 

Diakui menunjukkan peningkatan drastik berbanding sejarahnya, Al-Qassam kini dipandang sebagai sebuah organisasi tentera yang berdisplin, terancang dan teratur. Briged Al-Qassam juga berjaya membuktikan kepada dunia bahawa mereka mampu untuk mencipta teknik-teknik peperangan yang penuh inovatif dan terkini. 


Baca lanjutan kisah Briged Al-Qassam melalui buku Hamas dan Briged Al-Qassam.

 

Layari http://pts.com.my/index.php/buku/hamas-dan-briged-al-qassam bagi pembelian secara online 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024