Artikel

Istimewa Tahun Baru: Peraduan Puisi untuk ‘Dear’ Farihah Iskandar

oleh Roziyah pada 29 Dec 2011

Istimewa tahun baru ini, penulis buku bersiri, Dear Yayah, Puan Farihah Iskandar menganjurkan peraduan Puisi untuk ‘Dear’ Farihah Iskandar khas buat peminat setia Farihah Iskandar.

Pemenang berpeluang menerima T-Shirt Limited Edition DY dan Keychain Teddy Bear istimewa dan menarik buat peminat.

Peminat yang ingin menyertai peraduan Puisi Untuk Dear Yayah ini perlu melayari blog Farihah Iskandar di http://farihah-iskandar.blogspot.com bagi menyertai peraduan ini.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 Januari 2012 ini. Puisi yang menarik dan menawan hati pengadil berpeluang dimasukkan ke dalam novel Dear Yayah 6 yang akan menemui pembaca tidak lama lagi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024