Artikel

Jangan Lihat Pada Satu Hadis Untuk Menghukum - Ustaz Dr. Farid Ravi

oleh Asri Yussof pada 31 Jul 2017

Nabi saw tidak memberi pandangan terhadap para sahabat dengan satu bentuk ucapan yang sama. Kepada Abu Bakar lain, saidina Umar lain, kepada Ali lain walaupun maksudnya sama. Sebab itu kita ada banyak hadis untuk panduan - kata Ustaz Dr. Farid Ravi di Pesta Buku MABOPA semalam.

Dr. Farid Ravi memberi respon selepas ditanya mengenai hadis Nabi saw yang mengatakan, terputus amalan anak adam selepas mati kecuali doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah. Adakah doa orang lain kepada si mati tidak diterima kerana hanya doa anak-anak sahaja yang diterima oleh Allah. Adakah amalan tahlil - doa untuk si mati tidak diterima Allah?

Hadis ini memang sahih, kata beliau. Tetapi dalam mengeluarkan hukum, Ulama tidak melihat hanya berpandukan satu hadis sahaja. Tambah beliau, banyak lagi hadis lain yang memberitahu tentang doa kepada si mati.

Beliau menulis dalam bukunya, setiap orang Islam yang meninggalkan kita terlebih dahulu ke alam barzakh harus mendapat manfaat daripada orang yang masih hidup.

Dr. Farid Ravi di Pesta Buku MABOPA semalam dalam acara untuk mempromosikan buku terbarunya semalam, Ustaz Apa Hukumnya?... Menjawab Persoalan Ibadah. Buku ini adalah hasil daripada himpunan soal jawab agama yang beliau tulis dalam pelbagai media cetak.

buku farid ravi

Klik di sini untuk membeli buku ini di Bookcafe

MENARIK: Cetakan pertama habis terjual. Kenapa buku ini laku keras?

MENARIK: 5 Buku yang mudah untuk anak-anak mengenal Islam

Pesta Buku MABOPA berakhir semalam selepas 5 hari berkampung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 26 hingga 30 Julai 2017. Ini adalah pesta buku kedua yang berskala besar di Malaysia selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) pada april lalu.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024