Jeneral Perang yang Digeruni di Eropah: Napoleon Bonaparte

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 27 Jan 2015

Napoleon Bonaparte adalah nama besar. Dia selalu disebut-sebut, bahkan kisah hidupnya sering kali diketengahkan dan dibincang orang.

Napoleon adalah manusia unik. Ada yang mendakwa dia sebenarnya orang Makassar, satu daerah di Inonesia.

Bahkan ada yang mendakwa yang Napoleon ini Muslim! Katanya Napoleon sudah memeluk Islam semasa operasi ketenteraan di Mesir.

Walau apa pun kebenarannya, dia memang mempunyai sejarah luarbiasa. Ayahnya, Carlo, asalnya penentang kuat Perancis.

Keluarganya dianggap keluarga pemberontak. Namun siapa sangka anaknya, Napoleon, menjadi jaguh Perancis pula.

Siapa sangka lelaki yang bertubuh kecil dan bermata biru ini, walaupun dengan fizikalnya yang nampak lemah berbanding orang Eropah yang lain, mampu memenangi peperangan demi peperangan. 

 Napoleon Bonaparte: Penguasa Eropah menceritakan kisah hidup jeneral terkenal ini sejak dia belum lahir lagi.

Kisah penentangan ayahnya, pujukan pembesar Perancis, cabaran hidup Napoleon sewaktu kecil, dan kemudian bagaimana dia naik daripada bukan siapa-siapa menjadi orang nombor satu.

Dengan olahan dan gaya penceritaan daripada penulis veteren Abdul Latip Talib, kisah lelaki ini menjadi lebih menarik dan lebih suspens lagi.