Jom Jenguk Dapur: 50 Resipi Biskut & Kek

oleh Izzati Nadia ZI pada 28 Mar 2016

Kepada semua penggemar biskut dan kek, sebuah buku resipi baru yang ditampilkan oleh Chef Hanieliza kini diterbitkan di PTS.

Jikalau anda seorang peminat chef ini, sudah pasti buku edisi kedua ini perlu menjadi milik anda.

Chef Hanieliza tampil dengan 24 resipi biskut dan 26 resipi kek yang membuatkan para pembaca menelan liur tatkala melihat imej-imej makanan yang dipaparkan dalam buku ini.

Malah, keseluruhan resipi yang terkandung dalam buku ini begitu kemas dan ringkas. Kepada mereka yang ingin menjinakkan diri dalam bidang ini, buku ini dapat membantu anda dengan mudah.

Selain itu, perkara menarik berkenaan buku ini disebabkan oleh sifat Chef Hanieliza yang tidak pernah lokek untuk berkongsi ilmu.

Kebanyakan buku beliau pasti ada selitan pengenalan perkakas masakan ataupun jenis-jenis rempah yang digunakan dalam makanan.

Untuk edisi kali ini, beliau berkongsi maklumat tentang jenis-jenis tepung serta petua membuat biskut dan kek.

Antara resipi menarik dan mudah dibuat adalah resipi biskut bebola kristal, biskut keju, biskut semperit susu, tat prun, dan satu resipi biskut terbaru, iaitu biskut Ferrero Rocher.

Bukan itu sahaja, kepada peminat kek, antara kek-kek menarik yang boleh anda sajikan sebagai hidangan minum petang mahupun jamuan adalah kek buah keju, kek epal, kek coklat keju koktel, dan kek dam.

Selain itu, Chef Hanieliza turut menyelitkan beberapa resipi baharu kek seperti kek buah kukus, kek keju lapis coklat, kek keju oreo, dan mufin coklat cip.

Menarik, bukan? Jadi tunggu apa lagi. Dapatkan buku resipi ini dengan segera di kedai-kedai buku berdekatan ataupun boleh mendapatkannya secara pembelian online di Bookcafe.com.my.

Selamat mencuba!