Artikel
Keajaiban Doa: 101 Info Seronoknya Berdoa
oleh Amirah pada 28 Nov 2014
Doa merupakan senjata orang-orang mukmin seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. dan menjadi sebahagian daripada amalan harian kita.
Ibu bapa menjadi tunggak dalam keluarga yang mendidik dan membentuk keperibadian anak-anak.
Menerusi buku 101 Info Seronoknya Berdoa, anak-anak akan diberi pendedahan awal dalam mengenali pengertian doa yang sebenar menerusi tajuk-tajuk khas yang disediakan dalam susunan menarik.
Selain itu, seluruh buku ini dicetak 100% berwarna. Kelebihan doa yang diamalkan juga turut diterangkan satu persatu bagi menambah ilmu berkenaan doa tersebut.
Buku ini juga menyediakan pengetahuan asas mengenai amalan berdoa supaya kanak-kanak mendapat gambaran yang lebih jelas tentang amalan harian ini.
Buku ini pasti menjadi pilihan ibu bapa sebagai langkah pertama memperkenalkan doa dan keistimewaannya kepada anak-anak.