Artikel

Kehebatan Cinta Wanita : Cinta Puteri Quraisy

oleh Muhamad Syarafuddin Sulaiman pada 12 Mar 2014

Kecantikannya diperikan bak bidadari. Dirinya terpelihara sejak kecil lagi. Hanya yang terpilih mampu berada di sisi.

Inilah kisah Aminah binti Wahab, puteri kebanggaan Quraisy. Wanita yang dikagumi taulan dan diimpikan yang memandang. 

Wanita yang tidak pernah sunyi daripada pujian, dan tidak juga putus-putus disapa ujian.

Kisah bermula dari waktu kecilnya. Anak mungil ini kehilangan ibu dan bapa sejak masih kanak-kanak.

Pun begitu, dipelihara bapa saudara tidak membuatkan dia jauh daripada kasih sayang.

Apabila meningkat remaja, dia rebutan laki-laki. Hampir-hampir jodohnya mati sebelum ikatan perkahwinan dimateri.

Lelaki 100 ekor unta, Abdullah, bapanya Muhammad S.A.W., hampir-hampir sahaja dikorbankan demi sebuah nazar.

Tidak lama selepas perkahwinan, beliau diuji lagi.

Kali ini, Abdulllah benar-benar pergi ke dunia yang abadi. Muhammad, cahaya matanya yang akan mengubah dunia, tidak sempat melihat bapa sendiri.

Bahkan hayat Aminah sendiri tidak panjang selepas itu, meninggalkan Muhammad S.A.W. bersendiri.

Sebuah kisah yang kelihatan sedih, tetapi apabila dibaca dan dihayati, meninggalkan kesan yang sebaliknya.

Sebuah buku yang sebetulnya membuatkan kita lebih kenal lagi. Kenal akan Aminah, ibu kepada baginda nabi.

Inilah ibu kepada penghulu segala nabi, penghulu segala kekasih hati.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024