Artikel

Kehebatan Sistem Imun: Rahsia Tentera Imun

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 21 Aug 2014

Sistem imun memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia. Akan tetapi, bagaimanakah caranya sistem imun berfungsi? Rahsia Tentera Imun menyingkap tentang bagaimana Allah menjaga dan menyembuhkan tubuh kita dengan tenteranya.

Segala kesakitan yang berlaku dalam tubuh badan manusia terjadi akibat serangan musuh seperti penyakit-penyakit berbahaya. Namun begitu, Allah telah mewujudkan sepasukan tentera imun yang sungguh luar biasa untuk mempertahankan diri daripada pelbagai penyakit.

Buku yang berjudul Rahsia Tentera Imun ini membicarakan fakta-fakta yang menarik seperti wujudnya kaitan antara imun dan iman. Apabila iman seseorang makin hebat, semakin hebat imunnya. Di samping itu, terdapat banyak ilmu yang bermanfaat yang menyedarkan kita untuk lebih menghargai anugerah kesihatan yang Allah berikan.

Buku ini juga mengandungi gambar-gambar yang dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pembaca. Buku ini boleh didapatkan di pasaran dan juga secara online di www.bookcafe.com.my.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024