Artikel

Kejayaan Tidak Datang Bergolek: See You at The Top (Edisi Bahasa Melayu)

oleh Noor Hidaya Arshad pada 23 Apr 2015

Kita selalu bercita-cita ingin menjadi orang yang berjaya, banyak harta, imej diri yang menarik dan semuanya positif. Keinginan menggunung ini membuatkan kita terus memaknakan kehidupan yang dianugerahkan.

Zig Ziglar memberikan kita suatu perkara yang nyata, yang berpijak di bumi yang nyata, dan membantu kita membina beberapa sudut kehidupan dalam satu-satu masa yang akhirnya menjadikan kita seorang manusia yang berwibawa keseluruhannya.

Naskhah ini adalah sebuah motivator ketika kita berdepan dengan situasi yang genting. Penulis menyampaikan pengajaran daripada buku ini dalam bentuk penceritaan pendek yang memaparkan pengalaman peribadi beliau. Rasa terkaitan dengan cerita beliau memudahkan kita untuk menggunakannya dalam kehidupan sendiri.

Apabila kita membaca buku ini, kita akan rasa seolah-olah penulis memimpin tangan kita sambil membawa kita menerokai pengajaran-pengajaran kehidupan yang beliau fikirkan perlu diberi fokus. Boleh dikatakan ia lebih kepada pembinaan perkara asas pembinaan karakter seseorang.

Untuk memastikan kita terus mencapai tahap tertinggi dalam aspek imej diri, hubungan dengan insan lain, matlamat diri, sikap, usaha dan kemahuan, buku ini ialah manualnya. Tiada siapa yang mampu mengubah siapa diri kita kecuali diri kita sendiri.



 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024