Artikel

Kematian itu Adalah Pasti: Misteri Hidup Selepas Mati

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 02 Mar 2015

Kata Ad-Diqaq, “Seseorang yang banyak mengingati mati akan mendapat tiga kemuliaan iaitu bersegera dalam bertaubat, hati yang sentiasa berasa cukup (qanaah), dan tekun dalam beribadah.”

Mati adalah motivasi yang cukup dahsyat. Hanya dengan mengingati mati, hidup menjadi jelas. Mana satu yang penting, mana pula yang mahu ditinggalkan.

Mati bukan sahaja membuatkan manusia berjaya di akhirat, bahkan kejayaan ini sudah pun bermula sejak dunia lagi. Dalam ucapan beliau kepada orang awam, Steve Job pun ada menyentuh kepentingan mati.

Buku Misteri Hidup Selepas Mati meneliti satu demi satu peringkat selepas mati. Bagaimana perjalanan kita selepas dipanggil menemui Tuhan. Bermula daripada sakaratul maut, kepada urusan jenazah, dan kemudiannya alam barzakh.

Kita kemudiannya akan terus berada dalam kubur (alam barzakh) sehinggalah berlakunya kiamat besar. Selepas kiamat besar, manusia akan dihimpunkan di Padang Mashyar bagi dihitungkan amalan. Amalan-malan ini akan ditimbang menggunakan Mizan.

Apabila selesai, kita akan mula melalui Titian Sirat. Apabila kita berjaya, kita akan termasuk ahli syurga. Apabila tidak, nauzubillah, kita termasuk ahli neraka.

Dalam buku ini, perincian peringkat-peringkat tadi membuatkan kita lebih jelas dan lebih bermotivasi untuk kekal baik, serta mengelak daripada melanggar perintah Allah. Contohnya apabila membaca kepelbagaian syurga, kita menjadi teringin mahu masuk syurga terhebat.

Apabila membaca perihal neraka, yang paling biasa pun sudah cukup menakutkan. Demi hati kita yang mudah berbolak-balik, dan fikiran yang tidak berapa faham tanpa maklumat yang cukup, buku ini adalah hadiah terbaik.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024