Artikel

Kembara ke Alam Fantasi: Misi Magika

oleh Nurul Aqilah Hairulsam pada 21 Apr 2015

Kali ini siri Tunas Super menampilkan kisah tentang tiga orang sekawan yang telah sesat di dalam hutan dan mereka telah menjumpai sebuah rumah kosong yang tidak berhuni.

Di dalam rumah tersebut mereka telah menjumpai dan membuka seutas loket yang berkilauan. Kemudian mereka seolah-olah telah disedut ke dalam loket tersebut.

Maka bermula perjalanan mereka bertiga di alam magika yang ternyata sangat berlainan dari alam nyata. Ternyata, penulis cilik kita pada kali ini iaitu Azim Hakimi sangat kreatif bersama idea fantasi dengan menggambarkan keadaan alam magika dengan baik sekali.

Para pembaca pasti bertambah teruja dan tidak senang duduk sepanjang perjalanan tiga sekawan itu di alam magika.

Tambahan pula dengan kemunculan makhluk-makhluk asing seperti Ring Ring yang dijumpai oleh mereka di tengah hutan alam magika. Adik Azim juga pandai mengekspresikan gelagat mereka yang lucu serta mencuit hati.

Ingin merasai pengalaman dibawa terbang bersama Ring Ring merentasi Dangerous Forest? Siapa pula Ratu Marina yang beriya-iya menyembunyikan 5 Bola Mutiara Magika?

Ikuti pengembaraan mereka bertiga bersama Ring Ring dalam menempuhi perjalanan yang berliku untuk mendapatkan 5 Bola Mutiara Magika dan kembali pulang ke rumah mereka.

Adik-adik pasti tidak senang duduk dan tidak akan menyangka bagaimana kesudahan Misi Magika yang sangat mendebarkan hati!


 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024