Artikel

Kemeriahan Pesta Buku Kelantan 2017 Makin Terasa

oleh Asri Yussof pada 03 Apr 2017

KOTA BHARU: Kemeriahan Pesta Buku Kelantan 2017 makin terasa dan akan kembali lagi seperti tahun-tahun sebelum ini. Pastinya acara ini adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Kelantan dikalangan keluarga atau pihak sekolah untuk mendapatkan bahan bacaan yang bagus.

2 hari lagi acara raikan ilmu dan buku ini akan berlangsung. Bermula dari 5 April hingga 11 April 2017 dan dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI Kota Bharu.

dewan jubli perak

Pesta Buku Kelantan 2017 dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan & Pustaka dengan kerjasama SMO Bookstore, syarikat buku yang sudah bertapak berdekad lamanya di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Bagi pembaca buku tegar, sudah tentu akan tertunggu-tunggu penulis manakah yang akan hadir bagi memeriahkan acara Pesta Buku Kelantan pada kali ini.

Penulis novel sejarah Islam, Abdul Latip Talib akan berada di Pesta Buku Kelantan pada 7 April ini (jumaat) pada pukul 3 petang. Kepada semua peminat sejarah, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan beliau.

pak latip

Selain itu, penulis buku I’m A Backpacker Europe dan Germany, buku Mentaliti Jamban, Khairul Abdullah akan hadir juga bertemu pembaca di Kelantan pada 7 April 2017 pada pukul 10.30 pagi.

smo  bookstore

Ramai lagi dikalangan penulis-penulis terkemuka yang akan hadir memeriahkan Pesta Buku Kelantan. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu bagi mendapatkan autograf dan bertukar pendapat. Sesuai dengan tema Pesta Buku Kelantan tahun ini, “Membaca Membangun Peradaban.”

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024