Artikel

Percutian Eksklusif di Pulau Redang bersama PTS!

oleh Amirah pada 19 Nov 2013

Buat julung kalinya, PTS Media Group menjalinkan kerjasama dengan salah sebuah entiti pasaraya terbesar dalam negara iaitu pasaraya AEON BIG dan juga agensi pelancongan terkemuka di Malaysia, Catalogue Travel, yang merupakan penaja rasmi bagi percutian pemenang peraduan ini. Kempen ini dinamakan Kempen Beli Buku PTS di AEON BIG dan Menangi Percutian.

Hadiah utama peraduan ini berupa percutian eksklusif di Pulau Redang bernilai RM1500 yang ditaja oleh Catalogue Travel. Kempen yang bermula dari 15 November 2013 hingga 31 Januari 2014 ini menyasarkan para pengunjung dan peminat buku PTS di AEON BIG seluruh Malaysia di samping meraikan bermulanya musim cuti sekolah akhir tahun 2013.

Cara menyertai peraduan ini sangat mudah. Pengunjung AEON BIG hanya perlu membeli buku PTS bernilai RM50 di AEON BIG dan ke atas dalam satu resit. Langkah seterusnya adalah menjawab soalan mudah pada borang peraduan, kepilkan bersama resit pembayaran dan dimasukkan ke dalam kotak peraduan yang berada di Kaunter Khidmat Pelanggan AEON BIG.

Selain terdapat di AEON BIG, Borang peraduan boleh didapati secara online di www.pts.com.my dan cara penghantaran borang boleh dibuat melalui empat kaedah mudah. Pertama adalah masukkan ke dalam kotak peraduan yang diletakkan di Kaunter Khidmat Pelanggan AEON BIG atau poskan borang peraduan bersama resit ke alamat ‘Beli Buku PTS di AEON BIG & Menangi Percutian’ PTS Media Group Sdn Bhd Buku untuk Semua, No. 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia. Kaedah ketiga adalah e-melkan borang peraduan bersama resit ke [email protected], atau kaedah terakhir adalah faks borang peraduan bersama resit ke 03-6189 0316.

Borang peraduan juga boleh dimuat turun pada pautan yang tertera di bawah. Ayuh beramai-ramai ke pasaraya AEON BIG dan jangan lepaskan peluang keemasan ini sekarang.

Borang bahagian hadapan

http://pts.com.my/upload/aeon_pts/FA_Borang_Peraduan-Front_02.pdf

Borang bahagian belakang

http://pts.com.my/upload/aeon_pts/FA_Borang_Peraduan-Back_01.pdf

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024