Artikel

Kenali Kehebatan Kuasa Cinta: Padanya Ada Cinta

oleh Muhamad Syarafuddin Sulaiman pada 05 Feb 2014

Membaca blurbnya sahaja, hati sudah jadi lembut. ‘Untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia.’

Wow. Terasa mahu jatuh cinta dengan buku ini. Patutkah?

Padanya Ada Cinta. Di dalamnya ada 66 kisah. Nombor yang cantik, tetapi hanya penulisnya sahajalah yang tahu bilangan itu disengajakan ataupun tidak.

Apa pun, cerita-cerita di dalamnya memang diatur. Khas. Sengaja rencam, sengaja pelbagai pandangan. Ada kisah cinta yang biasa kita dengar; antara lelaki dan perempuan. Dan ada kisah yang lebih dalam.

Pernahkah kita bercinta dengan anak paderi yang cantik? Tahukah kita jodoh yang sebenarnya? Bagaimana pula rasanya jatuh cinta kepada wanita bertudung labuh?

Itu baru tiga. Ada 63 lagi tema yang diangkat dalam buku ini. Kisah berkaitan doa ibu, malaikat, doa, mata, hati, dan rama-rama. Bahkan ada kisah perihal menteri dan rambut.

Kata penulis, kisah-kisahnya biasa sahaja. Awalnya.

Yang menjadikan ia luar biasa adalah cinta. Kerana pada kisah itu ada cinta, maka yang biasa-biasa tadi, cangkir balik, bertukar status.

Kerana cinta, kisah-kisah itu jadi luar biasa.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024