Kenapa Pelajar “A” Bekerja untuk Pelajar “C” dan Pelajar “B” Bekerja untuk Kerajaan?

oleh Asri Yussof pada 19 Oct 2017

Bercakap mengenai pendidikan sekolah dan universiti, sering isu ini menjadi diskusi yang hangat dibincangkan. Walaupun kita cuba untuk tidak melihat pelajar berdasarkan gred mereka, tetapi hakikatnya kita tetap menilai mereka berdasarkan gred dan di mana tempat mereka belajar.

Soalan-soalan yang sering berlegar di sekililing kita memperlihatkan cara kita menilai seseorang,

“Belajar lagi?”

“Belajar kat mana?”

“Kerja kerajaan ke swasta?”

“Dah beli kereta?”

Soalan-soalan ini adalah sebuah tanggapan yang merbahaya. Mentaliti orang kita hanya berfikir ilmu hanya boleh dikecapi di universiti semata-mata walaupun ia sebaliknya. Dan kita seringkali memandang rendah orang lain dengan hanya pengiktirafan sijil akademik mereka.

Why A Students Work For C Students - Edisi Bahasa Melayu

Realiti hari ini menunjukkan ramai graduan universiti tidak boleh memiliki pekerjaan yang baik walaupun mereka sudah mempunyai segulung ijazah.Kenapa?

Robert T. Kiyosaki menulis sebuah buku bertajuk Why "A" Students Work for "C" Students and Why "B" Students Work for the Government. Kata beliau, buku ini ditulis khas untuk para ibu bapa yang mahu memperkukuhkan minda anak-anak dengan ilmu yang tidak diajar di sekolah, iaitu ilmu kewangan.

Why A Students Work For C Students - Edisi Bahasa Melayu

Ironi bukan tajuk buku tersebut. Inilah yang benar-benar berlaku sekarang. Ini memberi jawapan kepada nilai ilmu. Hakikat ilmu bukan semata-mata berada di universiti dan sekolah, tetapi universiti dan sekolah menjadi gerbang dan jambatan untuk orang mencari ilmu dan bukan tempat pengakhiran kita menuntut ilmu.

MENARIK: Robert T. Kiyosaki Memberi Tips Untuk Menjadi Kaya

Sebab itu orang-orang pandai berkata, ilmu itu perlu dicari sehingga mati yang menjadi penghalangnya. Malah Ilmu diangkat tinggi, sehingga ia menjadi jambatan pahala kepada si mati jika ilmu yang mereka kongsikan masih menjadi ikutan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang menggambarkan bagaimana sepatutnya kita perlu berusaha,

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Robert T. Kiyosaki membuat persoalan yang menarik dalam bukunya itu, adakah krisis kewangan yang berlaku pada hari ini disebabkan oleh krisis pendidikan ataupun kurangnya pendidikan? Apakah langkah dapat diambil oleh ibu bapa bagi memupuk ilmu kewangan kepada anak-anak di rumah?

Robert T. Kiyosaki

Sebenarnya perbezaan mentaliti berlaku di setiap kawasan. Mentaliti orang kampung berbeza dengan mentaliti orang bandar. Orang kampung yang sudah penat bekerja di dalam ladang melihat universiti akan menjadi jambatan untuk anak mereka masuk bekerja di kompleks kerajaan.

MENARIK: 5 Buku Terjemahan Antarabangsa Yang Evergreen

MENARIK: 8 Peraturan Baru Wang

Orang bandar yang sudah letih dengan gaji kecil dan tekanan di tempat kerja melihat bekerja sendiri dan mengusahakan ladang di luar bandar adalah kerja yang boleh memberi ketenangan dan pulangan lumayan jika bisnes itu diusahakan dengan berjaya.

Klik di sini untuk mendapatkan buku ini

Walaupun begitu, masing-masing mempunyai pro dan kontra. Apa-apa pun ia berbalik kepada sistem pendidikan yang kita terima. Tetapi yang menarik untuk ditanyakan, kenada kita diajar untuk lulus peperiksaan dan mencari kerja yang baik? Berbanding kita mendapat ilmu dan guna ilmu untuk memulakan bisnes?

Ironi bukan?