Kenapa Perlu Belajar Falsafah?

oleh Nik Aziz Afiq pada 23 Feb 2017

Pernah tak lihat, baca atau mungkin terdengar beza perilaku akhlak penduduk Jepun dengan penduduk Malaysia? Bagaimana kepatuhan mereka pada masa?

Atau mungkin biasa juga kita dengar perbandingan antara negara Singapura dan Malaysia dalam sudut penjagaan kebersihan atau pematuhan undang-undang?

Mengapa dua kelompok manusia, di dua negara berbeza boleh mempunyai dua sikap berbeza? Adakah faktor pemakanan yang menjadikan rakyat Malaysia sukar menepati waktu berbanding rakyat Jepun?

Adakah faktor geografi yang menjadikan rakyat Malaysia suka buang sampah merata-rata berbanding rakyat Singapura?

Pastinya faktor kesedaran yang membezakan. Tetapi kesedaran itu datangnya dari mana? Salah satu punca kesedaran yang besar lahirnya dari proses berfikir yang mendalam terhadap sesuatu perkara.

Berfikir secara mendalam untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, untuk membawa dan mengangkat nilai manusia ke satu tahap yang lebih tinggi. Inilah pentingnya memahami falsafah.

Telah berlalu sebelum kita, ribuan pemikir dari segenap benua dan tamadun, mereka mencari dan mencari kebenaran, memprotes sesebuah kebenaran lama dengan penemuan kebenaran baru dan hasilnya terbinanya tamadun yang maju kerana sering memperbaiki kesedaran diri dari masa ke semasa.

Ramai dikalangan kita tahu sampah perlu dibuang ke tong sampah, atau jalanraya bukan tempat untuk membuang sampah. Tetapi tidak semua orang yang tahu itu mempunyai kesedaran.

Falsafah mengajak kita berfikir dalam tiap tindakan yang kita buat apakah ia betul atau salah, jika betul mengapa, jika salah mengapa. Jika betul bagaimana dapat diajar pada yang lain, jika salah apakah solusi mengatasinya.

Kalau ada yang rasa membaca falsafah itu berat atau yang baru nak start berjinak-jinak dengan falsafah. Anda boleh mulakan dengan membaca buku tulisan Matluthfi ni, Kisah 25 Filsuf Barat.

kisah 25 filsuf barat

Klik di sini untuk membeli atau whatsapp 011-55467212

MENARIK: Kenapa Matluthfi Tulis Buku ini?

Ahli-ahli falsafah dalam buku Kisah 25 Filsuf Barat ini dibincangkan dengan cukup padat, diselitkan humor dan dianyam dengan rapi untuk memancing minat terutama bagi mereka yang seperti saya - dalam kalangan masyarakat yang kerap disuap, kurang berfikir, hanya membaca bahan bacaan zon selesa dan baru nak acah-acah kenali falsafah.

Cuma pesanan saya, baca dan berfikirlah apa yang kita baca dalam buku ini. Biarlah tiap helaian yang diselak itu memberikan satu makna tambahan baru buat diri kita. Apa perlunya tergesa-gesa menyudahkan bacaan tanpa merasai dan menghayati maksud sesebuah tulisan?

Ada mesej yang cuba disampaikan, dan mesej itu akan gagal ditemui bagi mereka yang tidak mengambil sedikit masa untuk merenung buku hebat ini.

MENARIK: Membaca Tanpa Amal Ibarat Sampah

Satu soalan akhir, kenapa begitu ramai selebriti internet yang baru muncul dan buat video entah hape-hape dan ada pula manusia yang buat video humor sarat mesej seperti Matluthfi?

Apa yang buatkan Matluthfi berlainan dengan mereka yang lain? Faktor pemakanankah? Faktor geografikah?

mat94