Artikel

Kepentingan Pendidikan Kewangan: Why A Students Work For C Students

oleh Siti Nur Shahira Zakaria pada 01 Apr 2014

Sekolah merupakan tempat untuk anak-anak menimba ilmu pengetahuan. Pelbagai ilmu yang dipelajari seperti Sains, Matematik, Geografi, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan sebagainya. Namun begitu, terdapat satu  ilmu yang  tidak dititikberatkan dalam sistem pendidikan iaitu ilmu kewangan.

Ilmu kewangan atau pendidikan kewangan, walaupun ilmu ini sangat penting, tetapi ia tidak dipedulikan sama ada dalam bentuk formal atau dalam aktiviti kokurikulum.  Kita perlu sedar bahawa kita sekarang berada dalam krisis pendidikan.

Sungguhpun anak-anak kita memasuki alam persekolahan hingga menghabiskan masa bertahun-tahun untuk belajar, namun apabila tamat alam persekolahan mereka langsung tidak belajar tentang pendidikan kewangan. Oleh yang demikian, para ibu bapa perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memberikan pendidikan kewangan yang tidak diajar di sekolah kepada anak-anak mereka.

Buku terbitan PTS Professional Publishing  Sdn. Bhd. berjudul Why “A” Student Work For “C” Student adalah salah satu buku yang amat bersesuaian untuk dijadikan panduan kepada pembaca khususnya ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka mengenai ilmu kewangan.

Tip-tip yang dikongsi oleh penulis dapat digunakan oleh para pembaca dalam menyampaikan ilmu pendidikan kepada anak-anak mereka. Tambahan pula, buku ini diterjemahkan dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan pembaca memahami setiap kandungan di dalamnya.

Malah, sikap penulis yang terbuka dan sentiasa berterus-terang dalam menyampaikan idea dan pandangannya  membuatkan para pembaca akan bersetuju dengan setiap kata-kata beliau.

Diharapkan, buku ini akan memberi manfaat kepada para pembaca khususnya ibu bapa untuk memperkukuhkan minda anak-anak mereka dengan ilmu kewangan supaya apabila mereka dewasa kelak, mereka dapat menguruskan kewangan mereka dengan bijak. 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024