Artikel

Ketahui Amalan Pemakanan Islam: Halalkah Makanan Kita?

oleh Muhamad Syarafuddin Sulaiman pada 30 Dec 2013

Jangan makan ketika marah.

Begitulah salah satu cadangan unik yang diketengahkan dalam buku Halalkah Makanan Kita? Ini bukan cadangan kosong yang direka-reka.

Cadangan ini sebetulnya datang daripada kajian saintifik yang dilaksanakan di makmal.

Tahukah pula kita waktu makan yang paling sesuai?

Petua-petua saintifik di atas adalah penyeri buku Halalkah Makanan Kita? Sesuai dengan tajuknya, tentu sekali buku ini menjelaskan dengan terperinci soal halal dan haram makanan menurut Islam.

Melalui buku Halalkah Makanan Kita?, kita tahu kenapa makanan itu menjadi haram, bagaimana membezakan makanan yang halal dan haram, serta pelbagai lagi perkara di sekitar persoalan makanan dalam Islam.

Tidak cukup dengan perbincangan berilmu, kita juga didedahkan dengan kaedah yang diamalkan dalam industri makanan, bukan setakat di Malaysia, bahkan di dunia.

Kita juga mampu mengetahui bagaimana ketatnya ‘standard’ dalam menentukan satu-satu produk makanan itu halal ataupun tidak.

Apa yang menonjol dalam buku Halalkah Makanan Kita? adalah ia dilengkapi muka surat berwarna pada muka-muka akhirnya.

Ada banyak rangkuman yang disampaikan dalam bentuk warna-warni, antaranya gambar nyata bagaimana haiwan disembelih. Pernahkah kita melihat ayam disembelih dengan kaedah ‘stunning’?

Lebih menarik lagi adalah perbincangan soal ‘toyyib.’

Halal itu sudah biasa kita dengar, tetapi apakah dia pula ‘halalan toyyiban?’ Kalau diterjemah, makna halalan toyyiban adalah ‘yang halal lagi baik.’

Kalau sudah halal, sudah tentu baik, jadi kenapa mahu tambah perkataan baik sekali lagi?

Jawapannya ada dalam buku ini.

 

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024