Artikel

Ketahui Cara Mengurus Kewangan Dengan Bijak: Retire Young Retire Rich

oleh Hairul Faizal Adli Ab Ghani pada 09 Oct 2013

Stres dan tertekan. Itulah yang dialami oleh kebanyakan pekerja. Stres mereka bermula seawal pagi lagi dengan kesesakan jalan raya atau terkejar-kejar menaiki kenderaan awam.

Mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk memuaskan hati bos mereka walaupun hati sendiri memberontak mahukan kebebasan. Begitulah yang berlaku pada setiap hari sehinggalah tiba waktu untuk mereka bersara.

Namun, mereka tidak juga menjadi kaya. Selepas bersara sekalipun, masih ada orang tua yang terpaksa bekerja lagi untuk menampung keperluan hidup.

Pastinya kita tidak mahu jadi begini. Semua orang mahu menjadi kaya semasa muda dan mahu berhenti kerja secepat yang mungkin.

Sekiranya kita mahu berhenti kerja dan menjadi kaya semasa masih muda, buku Retire Rich Retire Young adalah manual kekayaan terhebat yang wajib dibaca.

Buku ini mencabar pemikiran kita yang berangan-angan mahu menjadi kaya, tetapi malas berusaha dan tidak serius mahu merealisasikannya.

Mempunyai hutang yang banyak, tetapi tetap menjadi jutawan pada usia yang muda. Itulah kehebatan penulis buku ini, Robert T. Kiyosaki.

Ramai yang takut berhutang dan fobia menggunakan kad kredit kerana tidak mempunyai ilmu kewangan.

Namun, Robert akan memperkenalkan kita dengan hutang yang baik dan bagaimana caranya menjadi kaya dan mampu berhenti kerja semasa masih muda dengan hutang yang baik.

Hutang itu seperti pistol, menjadi senjata yang hebat kepada orang yang pandai memanfaatkannya, tetapi akan mencederakan diri sendiri jika ada pada tangan orang yang tiada ilmu.

Memberi kad kredit kepada orang yang tiada ilmu sama seperti memberi pistol berpeluru penuh kepada orang yang mabuk. Orang disekeliling dan dirinya sendiri boleh tertembak.

Kenapa perlu bersara semasa masih muda? Apabila bersara semasa masih muda, kita akan mempunyai lebih banyak masa untuk mengumpulkan lebih banyak kekayaan.

Semakin banyak aset yang dikumpul,  kita tidak perlu lagi bekerja kerana wang yang akan bekerja untuk kita.

Jangan sia-siakan umur kita untuk bekerja dengan orang dan menjadi hamba wang untuk sepanjang hayat.

Baca buku ini dan capailah kebebasan kewangan. Berhenti kerja dan menjadi kaya semasa masih muda, itulah impian kita. Dapatkan buku Retire Young Retire Rich sekarang juga. Layari www.bookcafe.com.my untuk maklumat lanjut.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024