Artikel

Kini Semua Orang Lebih Mudah Backpacker ke Turki

oleh Asri Yussof pada 13 Sep 2017

Turki yang mempunyai bandar Istanbul dan 80 negeri lainya serta keindahan laut yang memukau menjadikan setiap dari kita berangan-angan untuk menjejakkan kaki ke sana. Melihat budaya, seni, agama dan politik di sana menjadi suatu tarikan yang luar biasa untuk kita merancang pergi ke Turki.

Turki adalah sebuah negara yang terletak di timur Eropah dan Asia Barat yang mempunyai hubungan budaya dengan empayar Yunani, Parsi, Rom, Byzantin dan Uthmaniyyah purba. Bandar Istanbul yang cosmopolitan di Selat Bosphorus, adalah rumah kepada Hagia Sophia yang ikonik dengan kubah yang melonjak dan mosaik Kristian.

blue mosque

Masjid Biru abad ke-17 dan kediaman Istana Topkapı pada tahun 1460 merupakan rumah tinggalan sultan yang masih megah berdiri menonjolkan keaslian rekabentuknya. Ankara yang menjadi pusat bandar kini dilihat sebagai Turki moden.

Persoalan yang sering bermain di dalam kepala adalah berapa bajet yang perlu kita sediakan untuk menggembara ke Turki? Di mana tempat tidur yang murah seperti hostel untuk kita yang mempunyai bajet yang sedikit? Dan bagaimana untuk berjalan di sana. Pegangkutannya dan lain-lain.

Untuk menjawab persoalan-persoalan yang sering datang apabila kita mahu merancangan perjalanan ke luar negara dan menggembara, Puteh Press akan menerbitkan buku I’m A Backpacker Turkey yang ditulis oleh Shafiq Shafie. Buku ini dijangka terbit pada 29 September ini.

turkey

Puteh Press adalah perintis kepada penerbitan buku ‘travel’ yang bersifat menyampaikan maklumat seperti buku-buku yang diterbitkan dari luar negara (Lonely Planet dan seumpamanya). Dengan menerbitkan beberapa siri buku I’m A Backpacker dalam bahasa melayu dan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding buku ‘import’, siri ini berjaya mendapat perhatian ramai penggembara baru.

Selain I’m A Backpacker Turkey, buku I’m A Backpacker New Zealand juga dijangka akan diterbitkan juga pada tahun ini. Siri ini dimulakan dengan terbitan I’m A Backpacker Korea pada tahun 2015, kemudian Europe, Germany, United Kingdom dan terbaru, I’m A Backpacker Japan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024