Artikel

Koleksi Kisah Teladan: Ayam Dengan Cincin Ajaib & Cerita-Cerita Lain

oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto pada 08 May 2015

Sebuah lagi tajuk bagi Siri Hikayat Teladan dari PTS Junior telah terbit!

Dan kali ini ia bertajuk Ayam Dengan Cincin Ajaib & Cerita-Cerita Lain.

Bagi adik-adik yang gemarkan buku cerita yang penuh dengan ilustrasi menarik serta berwarna, pasti buku ini akan menjadi salah satu daripada koleksi kegemaran kalian.

Bagi yang masih dalam proses belajar mengeja, buku yang menggunakan konsep suku kata ini pasti  membantu melancarkan pembacaan.

Setiap suku kata diwarnakan agar adik-adik mudah belajar dan cepat pandai.

Bagi tajuk kali ini, adik-adik akan bertemu dengan  burung nuri yang bijak, dan ayam serta nenek yang baik hati.

Tidak lupa juga adik-adik akan berjumpa dengan Awang yang mempunyai sepasang tangan yang sangat besar serta Jali yang sangat pemalas namun telah berubah sikap kerana kebijaksanaan ayahnya.

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui kesudahan bagi kesemua watak dalam buku ini!

Sebagai bonus kepada semua, adik-adik juga akan dapat mempelajari bahasa Arab dan Inggeris malah tulisan Jawi.

Cikgu di sekolah pasti tambah sayang kerana adik-adik akan lebih mahir menggunakan kedua-dua bahasa dan tulisan ini.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024