Artikel

Kompilasi Puisi Pengubat Duka & Lara: Rekahan Jiwa

oleh Khairul Aswad Khairul Anuar pada 03 Mar 2015

Puteh Press memang sentiasa membawa kelainan dalam setiap penerbitan buku-bukunya. Karya sebelum ini mengumpulkan beberapa cerpen dalam satu buku. Namun untuk naskhah seterusnya, satu kumpulan puisi dibukukan untuk ditujukan khas kepada para penggemar syair.

Rekahan Jiwa mengumpulkan 65 puisi, termasuklah 4 daripadanya adalah puisi dalam Bahasa Inggeris. Bagi memudahkan pembaca menghayati puisi-puisi tersebut, setiap daripadanya dikelaskan mengikut ciri-ciri apa yang cuba disampaikan.

Pembaca tidak semestinya memerlukan skil untuk merungkai atau memahami apa yang cuba disampaikan oleh si pemuisi, kerana rata-ratanya adalah lebih straight to the point.

Namun, ada beberapa puisi yang mungkin membuat pembaca berfikir sejenak untuk cuba memahami apa yang yang tersirat di sebalik bait tulisan si pemuisi.

Si pemuisi ternyata seorang yang bijak bermain dengan kata. Bait tulisannya seolah menggambarkan apa yang terpendam dalam hati dan diterjemahkan dalam bentuk coretan yang penuh gaya puitis. Pembaca akan terbuai seketika ketika cuba menghayati hasil nukilan Hamidah Mat ini.

Kumpulan puisi ini tidaklah bosan, malah ia boleh dijadikan sebagai satu alternatif bacaan lain. Sesuai dengan tajuknya, membaca dan menghayati puisi boleh menenangkan jiwa yang sedang berkocak.

Asyik-asyik novel, sesekali golongan muda-mudi sekarang perlu juga didedahkan dengan penulisan tradisional yang semakin dilupakan ini juga kan?



Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024