Artikel

Kontroversi Halimah Yacob Sebagai Presiden Singapura ke-8: Apa Sebenarnya Yang Terjadi?

oleh Asri Yussof pada 15 Sep 2017

Bagi pemerhati luar yang melihat kelompok Melayu minoriti di Singapura mendapat seorang presiden yang mempunyai keturunan Melayu dan Islam tentu saja bagi mereka yang beriman kepada ketuanan Melayu ini adalah suatu berita yang gembira.

Halimah Yacob, 63, adalah presiden Singapura yang ke-8 dan wanita pertama dan melayu yang kedua menjawat jawatan itu selepas 47 tahun. Sebelum ini Encik Yusof Ishak (1965-1970) adalah orang melayu pertama dan presiden pertama yang menjawab jawatan ini. Campuran Melayu dan India yang ada pada Halimah menjadi bualan, adakah beliau betul membawa imej Melayu?

halimah

Halimah pada 7 Ogos 2017 lalu meletakkan jawatannya sebagai Speaker Dewan dan Ahli Parlimen serta keahliannya dalam parti PAP untuk bertanding sebagai calon pilihan raya presiden Singapura 2017.

Walaubagaimanapun pilihan raya tidak berlaku kerana calon presiden lain tidak mendapat sijil kelayakan dari Jawatankuasa Pilihan raya Presiden (PEC). Rabu lalu, 13 September beliau telah diisytiharkan dan mengangkat sumpah sebagai presiden yang dipilih.

Adakah Halimah Bersalah?

Idea untuk merombak perlembagaan supaya pemilihan kali ini hanya dibuka kepada orang-orang Melayu sahaja tidak ada kena mengena dengan Halimah. Beliau menjadi kambing hitam oleh parti PAP dan keluarga Lee untuk menghalang Dr. Tan Cheng Bock bertanding sebagai Presiden Singapura. Ketika ini Halimah masih belum bersalah.

Halimah bersalah apabila beliau tidak bersuara dan tidak menyatakan kebenaran keatas isu dalaman PAP, pemusatan kuasa kepada Perdana Menteri dan kewangan singapura yang mempunyai campur tangan keluarga Lee, walaupun beliau sudah meletak jawatan dari parti itu. Integriti sebagai seorang ahli politik yang jujur dan bersih yang ada pada Halimah sebelum ini sudah tercemar oleh sikap beliau sendiri.

Sumpah Halimah sebagai Presiden Singapura Melayu kedua bukan suatu kemenangan yang perlu disorakkan kerana Halimah tidak menang. Bagaimana boleh dikatakan Halimah menang tanpa wujudnya pilihan raya?

Halangan Dr. Tan Cheng Bock

“Bagi Pilihan raya Presiden 2017, Kerajaan tidak meletakkan calon Melayu selain Mdm Halimah. Sebaliknya, 2 calon bebas, Salleh Marican dan Farid Khan, sungguh berani untuk masuk bertanding walaupun semua orang tahu Mdm Halimah akan menang. Walau bagaimanapun, PEC menolak pencalonan dari 2 lelaki ini dan menjadikan Halimah diangkat tanpa undi dari rakyat.” - tulis Dr. Tan Cheng Bock di status facebook beliau pada rabu.

“Orang ramai kini berasa malu dan marah. Kerana apabila anda mengambil hak kami untuk mengundi, anda mengambil suara politik kami. Anda memberitahu kami bahawa pilihan kami tidak penting.” tulis beliau lagi.

Tambah beliau lagi, “Pilihan raya Presiden 2017 telah menjadi urusan yang tenang. Tetapi kini terdapat kebisuan yang memekakkan kebangkitan bangsa. Kami tidak mendapat peluang untuk bercakap dengan undi kami, tetapi pada masa akan datang dan apabila ia berlaku, ia akan menjadi gemuruh Ini hal yang saya pasti akan berlaku.”

dr. tan

Dalam pilihan raya Presiden 2011 sebelum ini, Dr. Tan Cheng Bock telah kalah tipis dengan Tony Tan Keng Yam sebanyak 738,111 (34.85%) undi berbanding 745,693 (35.20%).

Pada bulan Mac 2016, Dr. Tan Cheng Bock mengisytiharkan hasratnya untuk bertanding kembali di kerusi Presiden pada pilihan raya akan datang, yang perlu diadakan dalam tempoh 17 bulan yang seterusnya (Ogos 2017).

Pada September 2016, kriteria kelayakan bagi Presiden terpilih telah disemak yang kemudian menggagalkan hasrat Dr. Tan daripada bertanding untuk pilihan raya yang akan datang. Pada November 2016 apabila Perlembagaan dipinda supaya pilihan raya Presiden yang akan datang hanya “dikhaskan” untuk calon Melayu sahaja, Dr.Tan telah memfailkan cabaran di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya ditolak pada 7 Julai 2017.

Singapura Yang Gagal

Beliau menerima kecaman dari pihak PAP dan keluarga Lee selepas mempersoalan kedudukan kewangan Singapura dan isu-isu demokrasi yang lainnya. Seolah-olah rizab melayu untuk presiden ke-8 (2017) hanya dibuat untuk menutup jalan bagi Dr. Tan Cheng Bock untuk bertanding dan menang di kerusi presiden.

Lee Hsien Loong

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loon menutup cerita kontroversi pemilihan presiden untuk orang Melayu dan pemilihan Halimah Yacob, dengan membawa ikrar Lee Kuan Yew pada 1965 yang berkata bahawa singapura bukan negara mana-mana bangsa. Singapura bersifat pelbagai kaum, pelbagai agama.

Untuk menjiwai semangat singapura yang pelbagai ini, maka sebab itulah presiden pada kali ini dpilih dari kalangan orang Melayu. Katanya ketika berucap di Istana Singapura pada rabu sempena angkat sumpah presiden baru, Halimah Yacob.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024