Artikel

Kursyi Hirdan Jadi Salah Seorang Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ke-19

oleh Roziyah pada 25 Nov 2010

Penulis buku novel kanak-kanak dan remaja, Puan Kusyi Hirdan menerima berita gembira apabila dimaklumkan sebagai salah seorang pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ke-19.

Melalui buku Umairah dan Kuda Putih terbitan PTS One Sdn. Bhd, Puan Kusyi Hirdan memenangi Hadiah Sastera Perdana bagi kategori kanak-kanak.

Pihak penganjur memaklumkan yang majlis penyampaian HSPM ke-19 akan diadakan di Dewan Bankuet, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 30 November ini.

Sebagai maklumat, Puan Kusyi Hirdan menghasilkan lebih daripada 10 buku kanak-kanak dan remaja dan mempunyai kelompok pengikutnya sendiri.

Antara buku yang dihasilkan beliau bersama PTS seperti Mengapa Aku Jadi Pengetua, Mengapa Aku Masih Jadi Pengetua, Janji Sahabat dan banyak lagi.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024