Artikel

Langkah Pertama untuk Berjaya: Think and Grow Rich

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 27 Nov 2014

Ini bukan buku biasa. Think and Grow Rich digelar sebagai Bapa Buku Motivasi. Pemula buku seumpamanya. Buku ini juga disifatkan sebagai buku pertama yang dengan beraninya bertanya, “Apakah sifat orang berjaya?”

Lebih menarik, naskhah ini memang ditulis oleh salah seorang manusia yang kini dikategorikan antara orang paling berjaya di dunia: Napoleon Hill.

Bayangkan betapa hebatnya formula yang dihidangkan dalam buku ini, sehingga selepas 77 tahun ditulis, masih ramai yang menggilainya. Masih ramai yang memberi lima bintang, pujian-pujian, dan penghargaan atas apa yang diketengahkan.

Apa yang mahal berkenaan Think and Grow Rich adalah buku ini benar-benar meyakinkan kita kenapa kita perlu kaya. Buku ini menimbulkan satu motivasi besar dalam memulakan langkah menjadi kaya serta memberikan langkah-langkah bagi mencapai kekayaan dan mengelak kepapaan.

Dikatakan Napoleon Hill mengambil masa 20 tahun bagi mengkaji dan menemuramah orang-orang yang berjaya. Buku ini adalah hasilnya.

Kata beliau dalam buku ini, “Permulaan setiap kejayaan adalah keinginan. Selalu ingat perkara ini. Keinginan yang lemah menghasilkan keputusan yang lemah, samalah seperti kepanasan yang suam-suam itu dihasilkan oleh api yang kecil.”

Jadi, benar-benar mahu kaya dan berjaya? Manualnya sudah di depan mata.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024