Lima Kepercayaan Orang Kita Di Bulan Puasa. Ini Apa Kata Doktor.

oleh Adzkia Amanah Ugi Suharto pada 12 Jun 2017

Lima Kepercayaan Orang Kita Di Bulan Puasa. Ini Apa Kata Doktor.

Lihat semua pesanan ini:

1. Jangan makan banyak jenis makanan, nanti kurang lama bertahan untuk puasa

2. Jangan mandi selepas makan, nanti perut akan membuncit

3. Jika perut berbunyi, itu tanda lapar

4. Jangan minum air berkarbonat semasa berbuka puasa, nanti buah pinggang akan rosak

5. Makan akan buat kita rasa penat dan mengantuk

Biasa dengar semua ini?

Jangan terkejut, semua yang di atas ini adalah tidak selari dengan fakta sains. Bahasa mudahnya, ianya adalah mitos!

Mitos-mitos ini banyak berakar-umbi daripada orang-orang lama. Oleh kerana mereka pada zaman dahulu mempunyai bahasa yang halus, pesanan serta peringatan mereka banyak berbentuk kiasan tetapi malangnya ia disalah erti oleh generasi masa kini.

Tambah parah bila ada mitos yang dikatakan bersandar pada budaya dan agama seperti yang mengatakan senggugut adalah kesan cakaran iblis. Kadang kerana enggan dikatakan menentang agama, kita memilih untuk terus percaya.

Sebenarnya kitaran mitos-mitos begini boleh dihentikan jika masyarakat lebih cakna dengan sumber fakta. Semak sumber yang diberikan dengan para ilmuwan atau orang yang pakar dalam bidang tersebut. Awas dan berhati-hatilah dengan skrip atau dialog yang berbunyi seperti ini:

"Kawan saya kata.."

"Menurut sebuah kajian dari negara Jepun.."

Anda mungkin tertanya-tanya, siapa selayaknya ditanya bagi mendapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan sebegini. Bomohkah? Atau pegawai perubatan? Atau mungkin juga ustaz yang belajar bidang agama?

Yang mana pun pilihan anda, pastikan ianya pilihan yang tepat.

Bagi Dr. Khairul Hafidz yang banyak berkongsi tentang mitos-mitos perubatan dalam buku Pena & Picagari, jika beliau ingin membaiki kereta, adalah lebih meyakinkan jika kereta dihantar ke bengkel dengan mekanik yang dipercayai berbanding dibawa berjumpa pawang kereta. Analogi yang bijak bukan?

Selamat berpuasa tanpa dibelenggu mitos-mitos palsu lagi!

Klik disini untuk membeli buku Pena & Picagari dengan tawaran diskaun berganda

Pena & Picagari