Artikel

Mahukan Hubungan Suami Isteri Sentiasa Harmoni? Ini Petuanya

oleh Syazana Syamsul pada 09 Oct 2017

Lelaki diibaratkan berasal daripada Marikh (Mars) dan wanita diibaratkan berasal daripada Zuhrah (Venus), sudah tentu mempunyai karakter yang sangat berbeza.

Penduduk Marikh rela memberi cinta dan penduduk Zuhrah yang berlapang hati menerima huluran kasih sayang merupakan momen terindah sebuah realiti. Namun, setelah berhijrah ke Bumi, dengan atmosfera berbeza, mereka mula terfikir bahawa mereka tidak memahami antara satu sama lain.

Walaubagaimanapun, sebenarnya perbezaan tersebut jika diraikan akan menjadikan hubungan mereka sangat indah seperti yang diinginkan. Begitulah secara ringkasnya menggambarkan buku Men Are From Mars, Women Are From Venus.

Men Are From Mars, Women Are From Venus - John Gray

Penulisnya yang bertaraf antarabangsa, John Gray adalah seorang kaunselor dan pensyarah kelahiran Texas, Amerika. Beliau mula menonjolkan diri dalam dunia penulisan sekitar tahun 1992 apabila bukunya, Men Are Fom Mars, Women Are From Venus menjadi buku ‘evergreen’ bestseller. Sehingga ke hari ini, buku ini masih tetap digilai pembaca dengan jualan mencecah 7 juta naskah dan diterjemah ke serata dunia.

MENARIK: Bagamana Nak Elakkan Pertengkaran antara Suami dan Isteri

MENARIK: Ini Cara Perbaiki Hubungan Yang Perlu Anda Tahu

Menerusi buku ini, pembaca dibawa ke dalam realiti sebenar perhubungan yang bukan setiap hari indah ibarat sebuah drama cinta fantasi.

Pernahkah seseorang wanita terfikir bahawa pasangannya tidak memahami mereka?

Pernahkah pula lelaki merasakan wanita suka bersikap ‘busy body’?

Kemungkinan kita tidak perasan, wanita akan teruja menceritakan masalah mereka, tenggelam dalam rasa kecewa dan mereka memerlukan pendengar yang baik. Sikap lelaki yang sering terus ‘terjun’ memberi cara penyelesaian kepada masalah wanita dianggap tidak memahami golongan wanita. Sedangkan bagi lelaki, penyelesaian adalah jawapan kepada masalah. Berlainan dengan wanita. Mereka hanya ingin didengari dan diberikan empati.

Pesta Lelong Buku Putrajaya

Fitrah kebanyakan lelaki pula akan mula menyendiri dalam gua minda mereka tatkala stress dan tidak cenderung menceritakan kepada pasangan mereka. Wanita tersilap faham dan berasa tidak dipeduli saat lelaki mula menyendiri.

Dari sisi lain, golongan lelaki sudah cukup rasa dihargai apabila wanita menghadiahkan senyuman ikhlas dan ucapan terima kasih. Begitulah lelaki dimotivasikan dan terdorong apabila merasakan diri mereka diperlukan. Manakala, perempuan dimotivasikan dan terdorong apabila merasakan mereka dihargai.

Perbezaan semulajadi seperti ini perlu difahami dan dihormati dalam setiap perhubungan bagi menjamin jalinan yang sentiasa harmoni.

Penulis sangat neutral dan tidak memenangkan mana-mana gender. Saya asyik menggangguk-anggukkan kepala. Kadang kala menggeleng-geleng sambil tersenyum. Saya rasa buku in benar-benar bercakap tentang diri kita sendiri.

John Gray - PTS Media Group

Antara lain yang menarik, buku ini menyediakan 101 cara memenangi hati wanita dan juga seni menaikkan motivasi lelaki. Penjelasan yang sangat praktikal dan telah teruji keberkesanannya ini berjaya menyelamatkan pergaduhan dalam perhubungan.

Hal ini terbukti apabila pembaca mengatakan “Wah! Ini betul-betul satu benda yang baru bagi saya! Tidak pernah terfikir, cara komunikasi yang betul akan membuatkan suasana rumahtangga lebih harmoni,” setelah mengaplikasikan tips dalam buku ini.

#MyCyberSale

Klik di sini untuk mendapatkan buku John Gray di Bookcafe.com.my sempena #MyCyberSale

Buku ini tidak terhad kepada pasangan suami isteri sahaja, namun boleh dipraktikkan kepada hubungan persahabatan yang melibatkan dua ’planet’ berbeza ini. Buku ini akan membantu pembaca untuk menghargai dan rasa dihargai oleh pasangan masing-masing.

John Gray adalah kaunselor perhubungan di Amerika Syarikat. Beliau pernah bekerjasama dengan Maharishi Mahesh Yogi selama sembilan tahun sebelum memulakan karier sebagai penulis dan kaunselor perhubungan. Beliau telah membantu berjuta orang dalam memperbaiki kehidupan, hubungan, dan menguruskan tekanan.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024