Artikel

Malala Yousafzai Tunggu Aung San Suu Kyi Bertindak Untuk Isu Rohingya

oleh Asri Yussof pada 05 Sep 2017

Malala Yousafzai, aktivis asal Pakistan yang aktif memperjuangkan isu pendidikan untuk wanita, hak asasi manusia dan pemenang hadiah Nobel termuda membuat kenyataan terbuka di twitter semalam berkenaan dengan isu penghapusan etnik di Rohingya.

Dalam kenyataan tersebut beliau menunggu Aung San Suu Kyi untuk memberi maklum balas dan bertindak untuk menentang penghapusan etnik keatas Rohingya seperti yang dilakukan oleh beliau.

aung

Malala dalam kenyataan itu mengajak semua untuk menghentikan keganasan. “hari ini kita telah melihat gambar kanak-kanak kecil yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Myanmar. kanak-kanak ini tidak menyerang, tetapi rumah mereka tetap dibakar.”

malala

Tambah beliau lagi, “jika rumah mereka bukan Myanmar, di mana mereka tinggal selama beberapa generasi. Maka di manakah? Rakyat Rohingya harus diberi kewarganegaraan di Myanmar, negara tempat mereka dilahirkan.”

rohingya

Hampir 400 orang rakyat Rohingya meninggal dunia dalam kekacauan baru-baru ini, dengan tentera Burma dituduh melakukan jenayah terhadap kemanusiaan. Menurut agensi pelarian PBB, kira-kira 73,000 orang telah melintasi sempadan ke Bangladesh sejak keganasan meletus pada 25 Ogos. - lapor The Guardian.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024