Artikel

Mari Buat Duit Dengan Mudah! Buat Duit Dengan Dropship

oleh Syifa Wan pada 30 Apr 2016

Apabila sebut mengenai modal, sudah pasti golongan yang baru ingin berkecimpung dalam bisnes resah. Namun, tahukah anda bahawa adanya bisnes tanpa modal?

Dropship adalah perkara yang sudah sinonim dengan masyarakat masa kini. Masyarakat kini berlumba-lumba bagi menjalankan bisnes dropship ini.

Namun begitu, tidak semua mengetahui  cara yang betul bagi menjana duit dengan dropship.

Dropship adalah kaedah perniagaan runcit. Dropship adalah bisnes tanpa modal yang sesuai diceburi oleh golongan yang berminat dengan perniagaan, tetapi mempunyai kekangan dari segi wang ringgit.

Namun, menjalankan bisnes dropship ini bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang kita anggap. Bisnes ini memerlukan pengetahuan serta ilmu yang mendalam.

Sekiranya anda tiada ilmu mengenainya, tidak mudah untuk anda menceburi bisnes ini. Ibarat apa yang dikatakan penulis, dropship ini tidak mudah, tetap perlu ada ilmu dan usaha yang berterusan.

Pada pandangan saya, buku karya Nor Liza Abu Bakar, iaitu Buat Duit Dengan Dropship ini wajar dijadikan rujukan bagi anda yang berminat untuk menceburi bisnes dropship.

Ini kerana, dalam buku ini padat dengan ilmu pengetahuan tentang cara yang betul untuk menceburi bisnes dropship.

Merangkumi setiap topik berkaitan bisnes dropship, penulis bukan sahaja menerangkan konsep dropship, malah tentang risiko-risiko yang perlu dihadapi bagi sesiapa yang berminat untuk menceburi bisnes ini.

Penulis juga berusaha mengumpulkan maklumat asas paling relevan dan penting untuk pembaca.

Saya yakin, buku ini mampu memberikan pengetahuan mengenai dropship kepada pembacanya.

Jikalau ingin bisnes dropship anda berjaya, belilah buku ini. Saya pasti anda dapat menjadi seorang ejen dropship yang berjaya.

Jadi tunggu apa lagi? Mahu income lebih? Mulakan dengan dropship.

INGAT! Tidak ada tindakan, tidak akan ada perubahan. Tuntut ilmu terlebih dahulu sebelum mulakan bisnes.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024