Artikel

Mari Kenali Cinta Melalui Komik: Aku, Kau, & Cinta #3

oleh Izzati Nadia ZI pada 15 Apr 2016

Aku, Kau, & Cinta #3 adalah kesinambungan daripada siri komik Aku, Kau, & Cinta #1 dan #2. Edisi komik kali ini menampilkan variasi kartunis dan penulis berbakat besar dalam memberi pemahaman kepada pembaca tentang definisi cinta.

Kepada mereka yang belum pernah membaca siri komik ini, pasti anda tertanya-tanya mengapa perlu wujud komik berkaitan cinta, bukan? Cukuplah lambakan novel-novel cinta di pasaran buku tempatan kita.

Tunggu, siapa kata komik cinta keluaran PTS ini sekadar mengisahkan kisah cinta antara dua insan sahaja? Definisi cinta itu luas dan subjektif.

Siri ketiga komik cinta ini memaparkan kisah cinta yang kadang kala jarang berlaku dalam kalangan kita. Apa yang sering kita lihat adalah cinta para remaja dan pergaulan sosial mereka sahaja.

Namun begitu, dalam komik ini para penulis cuba mengubah persepsi kita mengenai pengertian cinta. Mereka turut memasukkan elemen cerita yang banyak memberi pengajaran kepada para pembaca.

Malah, cinta juga tidak memberi maksud bahawa kita akan memiliki seseorang yang kita cinta. Tidak juga memberi maksud bahawa cinta seorang insan itu hanya boleh dimiliki oleh insan lain.

Cinta juga tidak terjalin dalam kalangan mereka yang sempurna anggotanya. Tambahan, cinta itu bukan hadir di antara lelaki dan perempuan, tetapi ia sudah lama hadir di antara hubungan ibu bapa dan anak-anak. Ini kerana, semua orang layak untuk merasai apa itu cinta.

Menarik, bukan? Sekiranya para pembaca ingin memahami sebuah cinta sejati yang banyak memberi pengajaran kepada diri sendiri, komik ini sesuai untuk dimiliki.

Bukan sahaja jalan penceritaannya yang menarik, tetapi bahasa yang digunakan sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur. PTS memang mematuhi standard penggunaan Bahasa Melayu Tinggi dalam buku-buku terbitan syarikat ini.

Dapatkan ketiga-ketiga koleksi siri komik Aku, Kau, & Cinta ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada pembacaan cerita-cerita yang terkandung dalam komik ini.

Selamat membaca!

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024