Artikel

MCPITCH : PTS Berpeluang Bertemu Penerbit Animasi dan Filem Tempatan

oleh Roziyah pada 17 Nov 2011

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menganjurkan Malaysia Creative Pitch (MCPITCH) bagi menghimpunkan penerbit buku, penggiat filem dan stesen televisyen di bawah satu bumbung bagi bertemu dan membincangkan idea menarik bagi meningkatkan industri penerbitan tempatan.

MCPICTH ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada semua penerbit di Malaysia bagi berkongsi idea dan pendapat secara terus kepada individu atau organisasi yang tepat.

Selain itu, penganjuran MCPICTH ini juga memboleh individu yang hadir melahirkan idea kreatif dalam bentuk cerita TV, filem, dokumentari, iklan, animasi, adaptasi, novel, buku-buku komik dan sebagainya. Hal ini bagi memperbanyakkan lagi pengisian kandungan di Malaysia.

MCPICTH ini membuka ruang dan peluang kepada syarikat buku seperti PTS bagi melebarkan buku-buku terbitannya ke bentuk media televisyen. Tuan Imran Azmi, pengurus penerbitan PTS Islamika Sdn Bhd sendiri hadir dan membawa buku-buku terbaik serta best-seller dari PTS menjadi filem dokumentari untuk diterbitkan di stesen televisyen tempatan selain mencari peluang animasi. 

Program yang diadakan di Finas ini diadakan dari jam 10 pagi hingga jam 6 petang.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024