Artikel

Memantapkan Iman: Bahagianya apabila Solatmu Diterima Allah

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 17 Jul 2014

Pernahkah kita berasakan bahawa solat kita tidak cukup sempurna pada pandangan Tuhan? Solat lima waktu merupakan rukun Islam yang kedua.

Solat juga adalah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Setiap individu pasti mempunyai masalah dalam mengerjakan solat seperti tidak khusyuk, tidak memahami bacaan dalam solat, dan tidak yakin dengan pergerakan sewaktu solat. Masalah-masalah seperti ini perlu diselesaikan dengan mempelajari semula aspek-aspek dalam mendirikan solat yang sempurna.

Buku yang berjudul Bahagianya apabila Solatmu Diterima Allah hasil karya Fahrur Muis dan Muhammad Suhadi sudah pasti dapat membantu setiap individu untuk dijadikan panduan solat. Buku ini mempunyai kelebihannya tersendiri kerana merangkumi semua isu dalam solat.

Ia dapat menjelaskan kepada pembaca tentang tatacara, makna, kelebihan, kesalahan umum, imam dan makmum, dan pelbagai lagi hal-hal yang berkaitan dengan solat. Ia bukan sahaja menjelaskan tentang solat fardhu, tetapi juga solat sunat seperti solat istikharah, solat dhuha, solat hajat serta solat yang lain.

Tambahan lagi, buku ini dicetak 100% berwarna dan mengandungi gambar rajah bagi membantu individu untuk mendapat kefahaman yang lebih jelas tentang solat. Ia juga lengkap dengan teks arab. Isi kandungan daripada buku ini dapat membimbing individu untuk melakukan solat yang lebih sempurna. Buku ini juga boleh didapatkan secara  online di www.bookcafe.com.my.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024