Artikel

Membaca Tanpa Amal Ibarat Sampah?

oleh Azree Munir pada 15 Feb 2017

Kaji selidik yang dilakukan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 dan 2005 menunjukkan rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku setahun secara purata. Yang mana hanya melibatkan buku-buku sensasi, santai & fiksyen.

Maklumat tinjauan yang diperolehi dari Jepun dan Perancis,  rakyat mereka membaca 10 buah buku, manakala Amerika dan Kanada telah membaca sebanyak 17 buah buku. Rata-rata buku ilmiah.

buku 2

Maka tidak hairanlah buku-buku ilmiah di Malaysia kurang mendapat perhatian dari kebanyakan penerbit melainkan lebih banyak lambakan buku-buku sensasi, artis, (seperti permasalahan terhadap buku Fattah Amin dan Hafiz Hamidun), khurafat (mastika) yang sering menjadi bahan bacaan orang kita di Malaysia.

HAMKA mengatakan bahawa masyarakat pada zaman beliau, ramai yang suka membaca tapi tidak ramai yang suka membayar, sehinggalah majalah Khatibul Ummah keluaran beliau tidak dapat bertahan lama.

Ustaz Hasrizal pula menempelak kepada mereka yang merasakan diri mereka inklusif kerana rajin membaca buku (ilmiah) berbanding orang lain,

“Membaca saja tanpa amal ibarat sampah, mungkin penyapu sampah atau kerani yang biasa-biasa itu mungkin membaca apa yang kamu baca, maka apa bezanya kamu dan dia?”

Kesimpulannya, membaca atau tidak membaca, yang membezakan keduanya adalah amal. Budaya membaca harus ditanam dalam diri sendiri terlebih dahulu.

buku

*Azree Munir adalah ahli jawatankuasa Purtubuhan ISRA.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi PTS

Anda Mempunyai artikel yang menarik? Hantar ke [email protected]

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024