Mencari Jawapan yang Pasti: Ustaz, Berapakah Umur Ahli Syurga?

oleh Nabilah Huda Megat Mohamad Hamdan pada 01 Jul 2014

Sebagai seorang Muslim, kita pasti mempunyai pelbagai keraguan tentang ilmu-ilmu agama. Apabila kita tidak yakin dengan sesuatu perkara, kita perlu merujuk kepada individu yang lebih arif tentang sesuatu perkara untuk mendapat kepastian.

Buku Ustaz, Berapakah Umur Ahli Syurga merangkumi persoalan umum daripada individu yang mahu mencari jawapan yang pasti untuk sesuatu perkara. Persoalan mereka akan dijawab oleh penulis, Mohamad Abdul Kadir bin Sahak, pemegang Diploma Pengajian Syariah Kolej Dar Al-Hikmah.

Terdapat lima bahagian yang terkandung di dalam buku ini iaitu akidah, kekeluargaan, ibadah, hadith, dan perihal umum. 

Apa yang bagus tentang buku ini adalah segala persoalan dijawab berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Selain itu, segala jawapan juga dirujuk kepada Ahlu As-Sunnah wa Al-Jamaah.Tambahan lagi, ia diselitkan juga dengan ayat-ayat Al-Quran untuk memberi penjelasan yang lebih jelas kepada pembaca.

Ilmu itu wajib dicari oleh setiap Muslim untuk mendapatkan banyak manfaat. Ilmu agama tentunya dapat menampung kehidupan kita di dunia dan juga di akhirat.

Buku ini tentu dapat memberi sumbangan kepada umat Islam dalam usaha memahami agama. Untuk mejawab persoalan-persoalan agama, buku ini boleh didapatkan secara online di www.bookcafe.com.my