Artikel

Menelusuri Hari-hari Kebangkitan: Ensiklopedia Kiamat

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 11 May 2015

Buku yang luar biasa ini membahaskan secara lengkap tentang hari kiamat.

Perbincangannya bermula dengan nama-nama yang menggambarkan sifat Hari Kiamat dan tanda-tandanya.

Ada diceritakan tentang Imam Mahdi, Yakjuj dan Makjuj, Nabi Isa, serta banyak lagi perbahasan yang berkait.

Kemudiannya perbincangan bergerak ke arah peristiwa kiamat itu sendiri.

Selepas menjelaskan apa yang berlaku pada hari tersebut, Ensiklopedia Kiamat melihat pula pada saat kebangkitan. Hari di mana kita dibangunkan kembali selepas mati.

Dan selepas itu kita akan meneruskan hidup untuk kali kedua, yang juga merupakan kehidupan untuk selama-lamanya.

Pembaca kemudiannya dihidangkan dengan segala butiran berkenaan Padang Mahsyar. Tamat itu, dibincangkan berkenaan Hari Penentuan.

Hari di mana manusia-manusia yang sudah dikumpulkan semuanya, akan dinilai amalan mereka.

Seterusnya, kita melihat perbincangan soal Neraca Timbangan Amalan atau Mizan. Dan selepas Mizan, kita akan dibawa memahami Titian Sirat.

Akhirnya, kita mendalami pengakhiran kita: syurga ataupun neraka.

Uniknya buku ini adalah setiap satu topik yang dibincangkan di atas, disentuh dengan cukup teliti.

Bukan sahaja lengkap dengan gambaran, malah setiap satu perbincangan disokong dengan ayat Al-Quran dan hadith yang sudah disemak. Ini selain maklumat-maklumat yang dipersembahkan juga, menyentuh segala macam aspek dalam topik-topik berkenaan.

Dengan pendekatan sepenuhnya berwarna dan berkulit keras, ayat-ayat Al-Quran dan teks hadith dengan makna, jenis tulisan yang jelas besar, serta susun atur yang menarik, Ensiklopedia Kiamat adalah bacaan wajib setiap orang Islam.

Dengannya, kita bukan sahaja akan lebih tahu dan faham persoalan-persoalan berkaitan hari kiamat.

Bahkan lebih daripada itu, kita mampu percaya dengan yakin akan maklumat-maklumat yang dibentangkan dalamnya. Itulah yang paling utama.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024