Artikel

Meneroka Alam Wonderland: B.O.T: Robot dalam Poket

oleh Adzkia Amanah pada 01 May 2015

Dilanda gempa bumi aneh dan terjatuh ke dunia lain dengan cendawan gergasi dan pohon buluh yang boleh menyanyi, Arif dan Basri berasa sangat hairan dengan apa yang berlaku.

Akibat mencuri dengar perbualan mereka, Sofia turut sama terperangkap di dunia itu dan lebih malang lagi, Fazli yang pada asalnya bersama mereka telah hilang!

Dalam misi pencarian Fazli di dunia asing itu, mereka telah bertemu Bot, sebuah robot masa hadapan yang akan membantu pencarian mereka.

Mampukah mereka melepasi halangan tentera Mesir Purba, orang asli dengan bahasa yang aneh dan robot serigala, RoboWolf sambil berkejar dengan masa demi memasuki portal yang mampu mengembalikan mereka ke dunia nyata?

Saksikan pengembaraan mereka berlima yang penuh dengan adrenalin dalam B.O.T (Robot Dalam Poket) hasil karya penulis cilik berusia 12 tahun ini. Penulis Ahmad Nabil Musyiri pasti tidak akan menghampakan anda dengan fiksyen kreatifnya ini.

Selamat mengembara ke dunia baru dan berimaginasi di alam Wonder Land. Ada kejutan yang tidak disangka-sangka di penghujung cerita dan semoga ianya bermanfaat dalam kehidupan adik-adik.


Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024