Artikel

Mengajar anak-anak tentang kisah para Nabi & Rasul: 101 Info Seronoknya Mengenal Nabi dan Rasul

oleh Muhammad Syarafuddin Sulaiman pada 26 Jan 2015

Mungkin antara cabaran terbesar untuk ibu bapa adalah apabila anak-anak bertanya soal akidah. Soal Allah di mana, kenapa ada syurga dan neraka, serta soalan yang seumpama dengannya.

Soalan-soalan yang bunyinya mudah, namun sangat sukar dijawab. Sekalipun soalannya ringkas, namun persoalan-persoalan ini penting.

Sekiranya salah jawapan, maka salahlah kefahaman yang ada dalam diri anak-anak. Apa lagi ibu dan bapa memainkan peranan penting dalam membentuk anak.

Pesan nabi, “Anak itu ibarat kain kain putih. Ibu bapanyalah yang membentuk dia menjadi Yahudi, Nasrani, ataupun Majusi.”

101 Info Seronoknya Mengenal Nabi dan Rasul dihasilkan bagi mengisi ruang ini. Buku ini bermula dengan memperkenalkan apa itu Rukun Iman.

Apabila asas ini diperkenalkan, barulah penulis masuk pada persoalan nabi dan rasul. Dalam buku ini, ada banyak persoalan yang diketengahkan secara mudah dan teratur.

Persoalan siapa nabi, siapa rasul, beza nabi dan rasul, siapakah rasul Ulul Azmi, serta banyak lagi, diceritakan dalam buku ini.

Selain itu, tulisan ini juga turut memuatkan kisah-kisah nabi pilihan seperti Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Yunus, Nabi Yusuf, dan ramai lagi.

Dengan harga kurang daripada RM10 tetapi menawarkan saiz buku yang besar, dan saiz tulisan serta gambar yang besar, buku ini memang sesuai sekali menjadi bahan awal.

Bahan awal bagi mendedahkan anak-anak kepada salah satu Rukun Iman iaitu beriman kepada nabi dan rasul.

Apa lagi buku ini sepenuhnya berwarna dan lukisannya comel-comel belaka.

 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024