Artikel

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit Papar Amalan Hidup Rasulullah

oleh Roziyah pada 13 Jan 2011

Mengapa Rasulullah tidak pernah sakit membincangkan rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan Rasulullah sepanjang kehidupan.

Buku yang dicetak semula dalam tempoh seminggu selepas diterbitkan ini membicarakan secara terperinci, komponen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan.

“Buku ini melihat satu persatu amalan dalam kehidupan Rasulullah dan memberi cara bagaimana amalan-amalan ini membolehkan Rasulullah kekal sihat. Sebagai contoh, kita melihat bagaimana sains moden menunjukkan keserasian fakta antara gerakan dalam solat dan kebaikan kepada tubuh badan,” jelas Editor pengurusan PTS Millenia,Tuan Syarafuddin kepada wakil media PTS.

Lebih menarik apabila khasiat amalam bersolat diterangkan dalam bentuk ilustrasi bagi memudahkan pembaca memahami khasiat amalan Rasulullah dengan mudah dan ringkas.

Dapatkan buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit bagi mengekalkan kesihatan dan bertenaga sepanjang kehidupan.

“Ini dapat dicapai melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan Islam melalui Quran dan hadis Rasulullah,” jelas Tuan Syarafuddin lanjut.

Buku menarik hasil tulisan Dr. Adi Hashman ini di kedai-kedai berhampiran atau terus melanggan di Bookcafe Online.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024